Friday, January 1, 2010

part 9

Lamunan Nisa mati sebaik saja Anis melangkah masuk ke dorm E9 yang bakal ditinggalkan dalam masa beberapa jam lagi. Terbeliak bijik mata Anis bila tengok kawan dia yang sorang tu tak habis kemas lagi.

“Kau memang tunggu aku datang untuk zipkan beg kau ni ke?” sinis ayat Anis. Tapi Nisa buat bodoh aje.

“ Haah. Memang pun.”

“Sengal. Dah besar panjang pun nak susahkan aku lagi.” Bebelan Anis dah keluar macam torpedo tentera British serang Hiroshima.

“ Alah..lepas ni dah tak boleh manja manja dengan kau dah..”

“ Oh shut up. Gaya macam apa aje nak manja manja. Rumah aku dengan kau tu sekangkang kera aje kan? “ Anis dah keluar gaya Hitler nak pancung orang.

Dan dek kerana malas nak melayana bebelan Anis, Nisa sengaja tambah volume laptop yang sedia terpasang di atas meja dia. Satu aje benda yang memang dia tak ubah dari dulu lagi. Pasang lagu kuat-kuat,tahap pecah gegendang telinga,tak kiralah lagu apa pun. Be it nasyid,rock,or zapin, surely full volume.

Tapi tiba-tiba senyuman di bibir mati. Lagu ni..lagu ni...

I wanna you to know that i love the way you laugh
I wanna hold you high and steal your pain away
i keep your photograph; i know it serves me well
i wanna hold you high and steal your pain..*

Anis yang tengah membebel terhenti. Tangan yang sibuk menarik zip di kiri kanan beg Nisa terhenti pergerakannya juga. Mata dilari ke arah Nisa yang macam terpukau dek lagu yang berkumandang. Tak boleh jadi ni. Kejap lagi masuk mode melankolik dia,tak pasal pasal pulak. Mau 2,3 jam nak refresh balik nanti. Lantas tangan di bawa ke touchpad laptop,mahu menukar lagu.

“ Don’t. I can handle it” rendah suara yang menahan.

“ I don’t buy it” Anis jawab. Tangan dah mula bergerak. Mata difokus pada senarai lagu yang lain..mana lagu zapin? Kalau tak ada,lagu inang pun jadi la..asalkan bukan yang ni..

The worst is over now we can breathe again..*

Tak. The worst is over,but she just can’t breathe again. Anis still mencari lagu di iTunes..

“ Seriously,no.” Dingin bak ais suara Nisa. Serentak dengan pandangan mata dia yang mencerun ke arah Anis. Akhirnya Anis akur. Diamati wajah teman yang macam dah tunjuk gaya nak masuk mode melankolik. Aku dah agak dah..

“ Please. Believe me. I can do this. It’s just a song anyway.”

There’s so much left to learn, and no one left to fight..
I wanna hold you high and steal your pain away..*

Anis terus terdiam di sisi nisa. Tapi tangan dia sempat capai tangan Nisa yang mula sejuk dan mata dia juga sempat lihat tubir mata Nisa yang kian penuh dengan air jernih. Dan lagu tu,beserta dengan lirik nya,terus berkumandang dalam E9 yang bakal ditinggalkan..

Cause i’m broken when i’m open
And i don’t feel like i’m strong enough
Cause i’m broken when i’m lonesome
And i don’t feel right when you’re gone away..*

Yeah. He’s gone. Just let it go, Nisa.


....
* Excerps from Broken; Seather ft Amy Evanescene



No comments:

Post a Comment