Friday, January 1, 2010

part 8

Part 8

Luggage sebesar meja belajar di kelas itu dipijak pijak. Kembang kempis hidung menahan marah. Apehal susah sangat nak zip ni? Diinjak injak lagi beg. Masih tak mau. Okay. Putus asa sekarang. Dia langkah ke arah loker yang dah kosong tak berbarang. Habis ditelek setiap inci,sampai lah dia puas hati tak ada sebarang pun yang tinggal. Mata ditebar pula ke segenap dorm. Terpandang dinding dorm yang separa putih separa biru,yang penuh dengan bekas koyakan kertas akibat hiasan dorm yang ditanggal sebelum semua pelajar lain balik. Elok aje mata dia melekat ke sebaris ayat,yang buat dia tersengih sorang-sorang;

“ If you follow all the rules,you'll missed out all the fun

Itu memang idea gila dia. Semua bising nak buat ayat apa sebagai slogan dorm. Macam macam ayat keluar.

“ Fake it till you make it” Farah mencadang.

“ Ah,cliché lah.Lain. Aku nak yang lain.” Jaja,si ketua dorm menolak bulat-bulat. Ceh,mentang dia ada kuasa.

“Bersatu, berusaha,Berjaya?” Liza pulak keluar suara.

“ Aku tau la kau tu prefect,tapi takkan la sampai moto sekolah pun kau nak tampal kat dorm weyh.” Naimah mencelah. Apa kes sampai nak bawak moto sekolah masuk discussion ni? Tahap asbestos punya cadangan.

“ kalau....’The great E9-ers macam mana?” Hanee cuba bagi pandangan.

“Apa tu? Tu slogan ke?” dan ketawa pecah saat tu jugak. Hanee dah memuncung.

“ Alah..jangan ambik hati la. Tapi serious tak best.hahaha” satu suara sumbang menambah.

“ How about..kami datang,kami nampak, kami sapu?” Jaja pulak mencuba nasib.

Dan kali ni, hilai ketawa diorang memang panjang. Sampai nak dekat 5 minit,semua asyik terguling guling. Yang keluar airmata pun ada. Yelah. Ada ke patut Jaja pergi buat direct punya terjemahan dari ayat popular; We came,we saw,we conquered” tu. Memang kena bantai gelak la.

“Habis tu apa?!” Jaja dah naik seoktaf suara. Marah mungkin dengan yang lain sebab gelakkan dia.

Nisa yang mendengar cuma diam. Sepatah haram satu ayat pun dia tak keluarkan. Sengaja..

“ Okay. Malam ni kita meeting balik. Then baru siapkan hiasan apa yang patut.Buat masa ni kita fikir dulu apa ayat yang sesuai.” Jaja memberi arahan. Lepas tu, semua bersurai dan bersiap mahu ke prep malam.

Dan malam tu, semua ahli E9 nganga bila ayat keramat tu dah siap terpampang di dinding bahagian atas drom tu. Diwarnakan dengan cat cair. Warna merah, siap dengan outlined warna hitam. Nampak memberontak habis. Tapi dua tiga minit lepas tu, semua ahli senyum-senyum kambing sebab sangat setuju dengan ayat keramat tu. 17 pasang mata terus pusing 90 darjah ke arah Nisa yang tengah senyum lebar atas katil sambil duduk ala-ala Cleopatra. Memang tak sia-sia dia ponteng prep malam tu.

No comments:

Post a Comment