Thursday, December 31, 2009

emergency

i am trying to upload several more episodes(aiceh) of untold,but external buat hal.plus laptop giving me problems some more.i have to keep up with all the problems,well might be for a long time,but i'll do anything possible to overcome all these jsjhhsdvfdsb.haha.

Monday, December 21, 2009

part 6

part 6


“ Aku suka basketball “ Kaki kerusi diheret dari hujung kiri meja ke tengah bilik muzik yang sempit tu.

“I can be your Kobe Bryant” si sepet yang masih berteleku di meja bersuara.

“ Aku suka skateboards “

“ I can be your Tony Hawk “ masih di meja.

“ I am a Liverpool kipas-susah-mati “ hah,yang ni mesti dia mati ayat.

“ I can be your Fernando Torres “

“ Why don’t you just said that you can be a Superman then? “

Si sepet diam. Direnung ke tengah bilik.

“ Because you are not Lois Lane either.There’s no point of me being a superman”.

Nisa terdiam. Apa kes ni? Apa hal aku pergi spilled semua sekali dekat dia ni?

“Enough said. Aku dah mengantuk gila. “

“ Fine. Kau balik dulu. Aku nak habiskan yang ni. Last piece.” Direnung dengan tekun kertas kertas yang tertulis segala macam music notes,yang memang takkan ada siapa faham kecuali Cikgu Marzuki dengan….Haziq.

“haaaa?” spontan terkeluar pertanyaan dari mulut Nisa.Biar benar mamat ni. Nak jadi Zionis pun biarlah berpada-pada. Takkan nak bagi aku balik sorang tetengah malam gelap gelita macam ni…

“ Apehal?Takut? “

Nisa geleng. Redah aje la Nisa. Takkan kau nak mamat asbestos ni gelakkan kau? Kaki diangkat dan bismillah dibaca.

….

Peluh dah mula menitik dari dahi. Adui laa..kenapa time ni pulak la kipas bilik muzik ni nak rosak?Haziq mati akal. Dia memang tak boleh tahan kalau panas panas macam ni. Ni dah macam kena panggang dalam microwave ibu kat rumah aje ni.

“Jom balik la Haziq” suara Bopen menyapa lagi. Dah naik rimas teman Haziq ni jamming lagu dalam bilik panas ni.

“Kau jalan dulu lah. Aku nak bagi tune dia betul sikit lagi.”

“ Alah,bukan tak boleh buat kat dorm…”

“ Ni mission baru aku ni. Tak boleh ada orang dengar. Takpe.It’s okay. Kau nak balik dulu,pergi ah.”

Bopen keluar dengan muka pelik. Kejadahnya Haziq ni? Tekun semacam. Jawab soalan Add Maths pun tak tekun macam tu.

Tapi yang kat dalam tengah berpeluh tu dah tak kira. Mesti siap jugak belajar lagu ni. Mesti! Mesti nganga lah muka budak tu bila dengar lagu ni.

….

Dan hasilnya,budak tu tak tengok pun dia buat persembahan malam tu. Haziq perasan yang Nisa terus bangun bila dia start petik note yang pertama. Kenapa kau benci sangat dekat aku, Nisa?

….

Nisa buat muka toya. Sham dah membebel.

“ Kalah mak nenek la kalau dia dah start dia punya lectures. Ish!” tapi dalam hati aje. Berani ke nak luah ayat toya semacam tu depan manusia bernama Sham tu? Tak mungkin,tak mungkin. Sekali kena debik kat dahi,mau benjol berhari-hari.

“ Cuba la buat perangai elok sikit. Awak tu dah besar,tau? Dah nak masuk 17 tahun dah pun. Sepatutnya dah boleh beza baik dengan buruk. Ini tak,asyik nak ajak orang gaduh aje. Memang tu ke tujuan belajar Tae Kwon Do selama ni?!” naik seoktaf suara Sham. Aih budak ni. Ada ke patut dia pergi redah tumbuk muka budak lelaki tu? Kalau setakat gaduh mulut ke,okay lagi. Ini dah sampai lebam muka budak tu dia pergi bantai. Aduhai la adikku. Nasib baik pengetua bagi last chance time dia pergi jumpa tadi.

“ He started it first!” Geram!tapi memang betul pun. Haziq yang start dulu. Ada ke patut dia pergi cakap kat orang yang aku ada boyfriend? Siap datang tiap-tiap minggu lagi melawat aku? Hyaluronic acid punya budak. Memang patut pun kau kena tumbuk dengan aku. Biar dia rasa sakitnya.

“ Apa yang dia cakap?”

Diam. Takkan la nak bagitau Sham, yang semua orang dekat sekolah ni anggap diorang dua tu pasangan kekasih? Gila lah tu.

“ Nisa, answer me now.”

Diam lagi. Ditarik nafas dalam dalam. Dilepas sekali dengan kasar. Macam ada beban yang berat mahu dilepaskan.

“ Dia cakap kita ni couple” Perlahan suara Nisa. Mak aii,malu tahap giga ni dengan mamat sekor ni.

Sham diam. Direnung Nisa di hadapan nya.

“ Jom” Langkah diatur dari kawasan asrama puteri. Mahu pergi.

“ Pergi mana?” aik abang aku sorang ni. Jom ke mana pulak?

“ Buy you some plasters and meds. Dah macam ubi terlebih air dah aku tengok”

Nisa angkat dua tangan ke depan muka. Betul. Dah bengkak,siap ada tompok-tompok warna purple.

“ I love purple”

Dan ketawa pecah di situ.

….

SPM dah habis! Gila. Rasa macam semalam je masuk sekolah. Rasa macam muda aje lagi. Heh,betul la muda lagi, baru 17 tahun kot. Okay, since SPM dah habis, maka apakah yang harus dilakukan? Nisa memang mati akal. Kalau waktu waktu macam ni, dia mesti tengah lepak bilik study. Dengan ditemani satu mug penuh Nescafe 3 in 1 colour hijau. Dan radio dekat bilik tu memang lah dia buat macam dia punya. Tiap tiap malam, station radio memang Hitz.fm aje lah memanjang. Pernah jugak kena sound dengan budak lain, tapi dia buat bodoh aje. Sebab dia memang malas nak layan diorang. Nak dengar Sinar fm lah, Era lah. Kalau IKIM tu boleh tolerate lagilah. Ni kalau bukak Sinar, tetengah malam ada sesi luahan perasaan. Kejadahnya nak study sambil dengar orang berdrama ikut radio tu. Haihhh.

Nisa renung sekeliling. Semua orang buat kerja masing masing. Yang tengah melepak dalam bilik tv layan bola pun ada, yang tengah jalan lenggang kangkung naik tangga, ada jugak yang tengah renung kiri kanan. Sama macam dia.

“ Ah, bosan tahap plastik ni! “ nak buat apa? Nak buat apa? Takkan nak terperuk dalam bilik tv. Malas la layan tv. Yang itu kat rumah pun boleh layan nanti. Habis tu, takkan nak pergi baca novel jiwang macam yang Anis tengah buat?

“ Mesti si Anis ni tengah golek golek atas katil baca novel. “ Bosan. Ingatan terus berputar kenang balik apa yang jadi time malam batch hari tu. Dosa ke aku blah macam tu aje? Tu kira kamikaze ke ape? Tapi memang tak boleh tengok Haziq buat camtu. Dan lagu tu….really reminds me of him. Bila fikir balik,rasa macam nak menangis. Tubir mata dah mula panas. Ah, jangan lemah sangat Nisa. Dan dia memang dah mati akal. Diatur langkah satu persatu ke arah ampaian belakang. Longlai dan malas. Mata melilau ke sana sini, tapi kepala memang tengah timbang balik actions dia selama ni. Betul ke dah cukup kuat nak hadap dunia luar yang kejam? Boleh ke Nisa, boleh ke? Dan tengah mengelamun,dia rasa macam diperhatikan. Aik,siapa pulak kat luar pagar ampaian ni?

Think. Digest and…

Freeze. Kaku. Mulut dah terlopong. Yang di sebalik pagar pun dah bulat mata.

Nisa raba kepala. Tudung. Gone.

Mata yang di luar dah turun ke kaki Nisa. Kaki?

Dan senja tu memang bergema aspuri dengan jeritan Nisa.

….

Memang melopong mulut Haziq bila nampak Nisa berjalan ke arah dia. Dia ingatkan budak tu memang dah hilang akal. Yelah, dengan tak pakai tudung..dan..dia pakai shorts? Rasa macam nak gelak guling guling jugak time tu, tapi karang takut kena fire plak. Free aje kena maki nanti. Tapi mesti dia tengah fikir something. She’s not that stupid to let me see her like that. And the thing that lingers in her mind must be really important then. But what is it?

“ Heh, Haziq,yang kau nak sibuk hal orang apehal?”

Because she’s not an orang. She is Nur Annisa.



Thursday, December 17, 2009

part 5

Malam Batch 14 memang gempak. Semua orang enjoy habis,except …

“Come on la Nisa.Put a smile on your face.Ni kan last chance nak gembira dengan semua orang”Lembut Anis memujuk.

Nisa cuma diam.To hell with the people and joy.Aku tengah makan hati berulam buah pinggang ni takde siapa nak kisah.Sungguh la sakit hati.

“Benda dah lepas.Dia tak sengaja nak tengok kot.He’s your partner lagipun.Memang ada chances yang dia nampak secara tak sengaja.”

Nisa diam.

Anis pun jadi diam.Dah tak mampu nak pujuk.Maybe.Kepala Nisa ni memang buat dari ferum ke apa?Keras!

……

Dua hari sebelum majlis untuk perpisahan Batch 14,dia dah tercangak depan library.Tunggu Haziq dating.Konon nak disscus tentang performance budak lelaki nanti.Tapi..

“Weyh,ni kau punya ke?”

Bulat mata Nisa.Rasa nak cekik cekik manusia yang ada depan mata dia sekarang.How on earth mamat ni boleh ada aku punya nyawa chenta hati ni?!

“Jumpa kat atas meja ….”

Secepat kilat Canon D20 tu ditarik dari tangan Haziq.Seketing punya mamat.Suka hati je ambik barang orang.Dia tengok ke tak ni?

Nisa ketap bibir.Haziq senyum puas hati.

“Kau tengok tak?”Laju Nisa tanya.Please say no..please say no..

“Tak”..Tak tengok semua.Sorry Nisa.Aku ter…tengok..

….

Dan sekarang,mamat seketing tu dah terpacak atas pentas dengan gitar kapok dia.Nak buat apa pun tak taula.Pelik semacam je aura kali ni…

“Ladies and gentlemen,please welcome,our singer for today,Adam Haziq!”

Gamat dewan besar sekolah tatkala nama Haziq disebut oleh emcee.Biar betul apa yang aku dengar..He what??Memang tak tally langsung kalau mamat hyaluronic acid macam tu nak menyanyi.Nak nyanyi lagu apa?Lagu Tiga Kupang?

Pentas digelapkan.Yang bernyala cuma satu spotlight yang menyorot muka seorang seorang ahli ‘kugiran’ Haziq.Mak ai..siap ada effects ala konsert Michael Jackson.Tapi kenapa aku tak tahu apa apa tentang ‘persembahan kugiran dari seberang’ ni?Ni mesti kerja si Haziq…

Yang cikgu semua kenapa nampak macam relaks aje.Tahan ke telinga diorang dengan suara dia nanti.Maybe semua orang dah pasang kapas tebal 2 inchi kat telinga.Nisa dah mencongak dalam hati.Dia nyanyi lagu apa ya?

“Er..sebenarnya..saya ni bidan terjun aje.Terpaksa nyanyi sebab vokalis utama kami tak sihat.”

Ngaaa…bidan terjun.Right.But hey..wait.I have a dejavu right here,right now.Kenapa dia nampak macam…

Macam Sham.

Mungkin sebab dia pegang gitar warna hitam yang sama.

Mungkin sebab dia pakai tee hitam yang ada tulis “I am me” tu.

Mungkin sebab dia tengah terpacak atas pentas nyanyi lagu tu.

Dan sungguh,nafas rasa sangat tersekat di trakea time tu.Macam di cekik cekik.Ya Allah,kenapa sampai macam ni?

“Ladies” Dia bangun meluru ke pintu belakang. Mai dengan Lisa terus siku Anis.Apahal?Anis lipat maut pusing ke belakang.Nak bangun dah tak sempat,sebab Nisa pun hilang sekelip mata.Laju nya jalan!Kot iye pun allergic,takkan sampai nak dengar mamat tu nyanyi pun tak boleh? Jarak antara meja makan dengan stage tu ada la dalam 50 meter. Tak cukup jauh lagi ke?Anis pandang pusing ke depan.Biarlah.She must have her own reason.

Pili air di buka perlahan lahan.Di seka air mata yang hampir gugur.Dia angkat kepala 180 darjah.Direnung kembali diri dalam cermin.Was it too bad too handle,Nur Annisa?Kenapa payah sangat nak lepas?Sedangkan peristiwa tu dah berlalu sejak setahun yang lepas.Terasa macam baru semalam.Ingatan dah berputar patah balik ke setahun yang lepas…

…..

14 Februari 2002

“Mama..Nisa dah balik!!!”Berdentum rumah banglo bercat putih di hujung jalan tu dengan suara dia.Happy sakan la.manakan tidak..PMR dah lepas.Fuh..lega!At least azab yang satu ni dah lepas.Tak payah jenguk segala macam nota pasal peta-peta kat dunia ni.Dia memang benci geografi.Dia lah orang atas mukabumi ni yang paling gembira sebaik saja paper geo tu habis dijawab.

“Nisa…Mama kat sini”Sayup aje suara mama ni.Kat mana la mama ni duduk?Nak man aci nyorok pun tunggu la time petang sikit. “Mama kat laman belakang ni.”.Oh..ada kat belakang ke..

“Ma….”Ayat Nisa mati di situ.Dia terkedu.Erk..sejak bila rumah ni jadi taman permainan fantasi tempat Fantaghiro selalu datang main dengan batu yang boleh bercakap ni.Memang dia terkejut.Manakan tidak,taman mini di belakang rumah dah bertukar jadi taman fantasi.Penuh dengan bunga.Yang paling penting,ada banyak bunga orkid ungu kesukaan dia!Siap dengan shinju yang elok terletak sebelah air terjun buatan.Siap ada kolam ikan lagi.dari tempat dia berdiri,sampai la ke hujung shinju yang dibuat dari kayu tu,ada batu-batu hampar.Memang best kalau nak main teng teng! Di bahagian sisi pagar,elok aje ada lantai bersimen.Siap dengan garis-garis warna kuning.Dan di setiap hujung lantai tu ada satu tiang gol yang ada jaring.Erk..tu bukan ke court basket?tapi,siapa punya idea ni??

“Kot iye pun terkejut,tutup la mulut tu sikit..” Dia sengih.Ish adik aku yang sorang ni.Terkejut macam kena sampuk pulak.Sham sengih.Heh,mission accomplished!

“Who’s idea is this?”

“Kobe Bryan merangkap Steven Gerard Malaysia.”Selamba ayat itu ditutur.Ada sengih sinis di bibir.Tapi telinga masih tak lekang dari Pieces-Sum 41.

“Ha ha.Funny!”Nisa cebik bibir.Mamat ni apehal perasan sangat ni.Malas la layan alien seekor ni.Baik sembang dengan mama.Dia laju meniti batu batu hampar berwarna kelabu tu.Sampai di shinju,diraih tangan mamanya.

“Mama…”sengih masih di bibir.
“haaaa..tau pun jalan balik rumah.Mama ingat cuti kali ni Nisa nak stay kat hostel lagi”Sinis ayat Puan Khalijah.Nisa tahu mama perli diri dia.Cuti yang lepas bukannya dia sengaja nak stay hostel.Memang tak nak pun,tapi sebab…

“Biarlah dia ma..nanti merajuk lagi.Lari balik hostel lagi pulak”Rendah Sham menutur.hak ela..bila masa pulak mamat ni jalan ke sini.Lagi tu,sibuk hal orang.Suka la tu boleh bagi aku sakit hati lagi.mama dah tergelak kecil.Memang takkan habis kalau layan dua beradik ni. “dah la.Mama nak masuk dalam.Nak buat minum petang.Kejap lagi ayah balik”.Dua pasang mata serentak mengekor arah langkah kaki Puan Khalijah.

Sepi mengisi ruang antara dua manusia di shinju itu.Deruman enjin kereta jelas kedengaran dari laman utama di hadapan.

“Today is Valentine” rendah suara yang bertutur.

“So?” sama rendah soalan yang di tanya.

“Any plan with her?” Soalan berbalas dengan soalan.

“Nope.Game’s over.” Tanpa nada dia menjawab.Nisa terdiam.Oh I see…no wonder la…

“So..” kening Sham terangkat sebelah.Nisa dah terasa aura malapetaka.kening diangkat juga.Tanda bertanya. Sham geleng.This is not the time to tell everything.

“Tarak apa.Hm…Wanna play?”Dikeluarkan bola warna oren tu dari bawah shinju.Bulatnya mata Nisa saat itu terasa menggeletek perutnya.Haishh..adinda aku yang sorang ni..

“Bila Along beli?”memang dia dah aim lama bola Nike tu.Tapi duit tak cukup dan dia masih berkira-kira untuk menyimpan selama beberapa bulan untuk dapatkan bola tu.

“Semalam..lepas dapat tau ada orang tu nak balik rumah…”

Nisa rasa macam nak menangis.He is a great bro.Indeed.

part 4

SPM dah habis.Ada lagi berapa hari nak stay dekat sekolah.Sebab ada Majlis Perpisahan Batch.Walau rasa nak terbang balik rumah sekarang,kena jugak sabarkan hati.Tapi kalau balik pun,siapa lagi yang tinggal?Hati Nisa sayu bila kenangkan itu.Forget it Nisa.Life must goes on.

Dia langkahkan kaki ke tigkat bawah.Angkat gagang telefon awan warna merah yang dah calar balar.Duit syiling 50 sen seketul dikeluarkan dari poket,dan diluncur ke ruang syiling telefon di bahagian atas kanan.Ditekan tekan nombor.Kurang seminit talian dah bersambut.

“Hello”

“Hello,mama.Nisa ni.”

“SPM dah habis kan?Macam mana?”

“Okay alhamdulillah.”

Diam.Tak tahu nak kata apa.Nak cakap ke tak eh?

“Mama,ingat lagi janji mama tak?yang lepas Nisa habis SPM,mama nak bawak Nisa jalan-jalan?” nafas dah macam tak teratur.Sesak.

“Ingat.kenapa?”

“Tak payah la jalan-jalan.Nisa nak balik Kodiang.Duduk dengan Tok Wan dengan Tok.”

Yang dihujung talian sana macam tak percaya.Diam.

“Mama,dengar tak?”

“Nisa,tunggu kejap.Mama datang jumpa Nisa sekarang.” serentak itu talian diputuskan.

Dan kurang dari 15 minit,mama dah terpacul depan mata.Ah,mama..kenapa selalu Nisa jadi macam ni?

“Kenapa tiba tiba?”

“Tak tahu.Just Nisa rasa nak dekat dengan dia.” tenang tak beriak dia jawab.Padahal dada dah rasa macam nak pecah.

“Mama tak halang.Ayah pun takkan halang rasanya.Cuma mama nak tahu kenapa?”

“Maybe dengan cara ni,Nisa boleh tebus dosa Nisa.”Hujung sneakers hitam-purple-putih dikuis kuis perlahan.Fikiran dah bercelaru tahap tali kali bergumpal sana sini.Mama,jangan lah tanya lagi..

“Bukan salah Nisa,sayang.Bukan.” Puan Khalida masih cuba memujuk.

“It's my final decision mama.Kata lah apa saja.The truth is,it was my fault.”

serentak itu telapak tangan di bawa ke pipi.disapu airmata yang dah menitik dari tadi.Diangkat kepala.Senyum.

“mama baliklah.I'll be fine.Assalamualaikum.” Tangan Puan Khalida diraih dan dibawa ke bibir.Langkah laju diatur menuju dewan besar.

Puan Khalida terdiam di bangku tepi air pancut tu.Di geleng kepala berkali kali.

….

“Pedo,siap?”

“Siap.semua dah on.tinggal tunggu kau masuk aje”

“Ampun lah.Ada hal lah tadi.” Selamba dia jawab.Kerusi pendek ditarik dari tempat duduk belakang Pedo.Di bukak beg sandang dan tarik kertas yang dah separuh bergumpal dari beg.Dibentang betul betul ataslantai depan dia.Sila ditarik.

“Sorry la.Aku memang tak…”

“dah la.Let’s get the party started dude!” pecah suara dari belakang.

Haziq tarik senyum.Mata dah jadi macam mata anak apek jual sayur.

Serentak Pedo dan Haziq angguk.Drumstick di tangan Pedo diangkat tinggi ke udara.Yang lagi sorang dah siap sedia jari di strings.Tinggal nak petik aje.

“1..2..3..go!”

Dan serentak dengan cue dari Bopen,bilik muzik di hujung bangunan kejuruteraan tu berdentum dengan pelbagai bunyi.

….

Airmata yang dah nak kering diseka sekali lalu.

“Get a grip on yourself Nisa.”

Dia kena tahan apa yang dia rasa.Dia tak suka orang luar,yang tak tahu tentang diri dia,judge dia sesuka hati.Sebab apa yang dia tahu,manusia keliling memang akan judge orang lain based on appearance.Kalau orang tu selalu nangis,akan di cakap cengeng.Kalau selalu tegas,akan di label sebagai hati keras.Tak pernah orang lain cuba twist keadaan tu.Bagi dia,,tak semua benda yang nampak di mata tu,sama macam yang di dalam.

Itu yang dia rasa dengan manusia keliling.

Dia senyum tak bermakna dia gembira.Dia menangis tak bermakna dia sedih.

And there’s no one out there knows me like he did.

Langkah dah dilajukan.Dia tak mahu lambat pergi meeting batch.Nanti dia sorang yang akan tercongok congok dengan agenda yang orang lain usulkan.

Pintu warna coklat tegap ditolak sekali lalu.Tak terbukak.

“Ala..yang pergi kunci ni apehal?” dalam hati dah membuak panas.Time aku nak cepat la macam-macam hal jadi.

“May I?”

Rasa nak luruh jantung dengar suara tu.Dah la betul betul dekat tepi telinga.

Dia angguk.Sekali tolak sahaja pintu terbukak.Haziq senyum.

“After you”

Nisa langkah terus tak pandang kiri kanan.Muka ditunduk macam anak dara kena pinang putera raja.

Tapi Haziq terkejut sekejap. “is she crying just now?”.Soalan dah bertalu dalam kepala.Tapi dia buat tak endah. “Nanti nanti dululah”.

….

“Okay.Memandangkan semua dah datang,kita start majlis kita sekarang.I’ll start with the AJK’s first.”

Suara milik Hadi memecah bilik mesyuarat.Lagi 10 pasang mata terus angkat pandangan menghala ke arah Hadi.Semua suspen sebab Hadi memang terkenal dengan perangai suka bagi kerja ikut pasangan.Dan yang paling seram sekali,pasangan tu memang kena co-operate with each other tahap giga,sampai Hadi puas hati.Hailaa…susah betul.

Nisa dah berdebar semacam.”Apsal aku ada terasa aura bakal kena hempap batu kejap lagi?”

“Well,Syahir dengan Farah,u guys in charge on the foods.Pilih lah menu yang okay dari catering yang kita dah decide before ni.Lina dengan Lat,korang berdua jaga protocol.Kira dari kad jemputan sampai aturcara majlis,semua korang yang jaga.Tirah and Najah,you two have to look after the decorations and lights.Pentas semua hias bagi ikut tema la.”

Nisa dah seram sejuk.Ada lagi dua lelaki aje yang tinggal.Hadi,tolonglah pasangkan aku dengan manusia lain.Anyone but him..

“Amar dengan….” Suara Hadi terhenti di situ.Nisa dah doa betul-betul dalam hati.Not him..Not..

“Amar dengan Wani.Korang dua in charge untuk susunan meja.”

Rasa macam bom atom dah meletup.

Nisa dah merah padam.Tak tahu nak marah ke apa.Haziq senyum dalam hati.haha..

“Haziq and Nisa,korang in charge performance.Make sure semua nganga malam tu.Okay?”

Not okay!Memang la dalam banyak banyak benda,aku yang kena jaga persembahan.Apa kes?Tapi Haziq dah angguk dulu.Memang hyaluronic acid punya mamat!