Sunday, October 17, 2010

hiatus


on hiatus,to the extend that i almost forgot that i have so much things to write,too much stories to continue.the Katrina's gone(metaphor,metaphor),but still,didn't find any suitable moods or time to finish up this UNTOLD.


Sunday, May 9, 2010

Part 18

Skrin putih yang dah bertukar ke gambar dia dengan Sham di pandang sekilas. Senyum spontan terukir. Kira okay la dah sekarang. Sampai dah boleh buat jadi desktop background. Kalau dulu, nak bukak folder yang ada simpan segala macam gambar dia dengan arwah pun rasa macam tengah serah diri ke Hospital Tanjung Rambutan.


“ Letting go isn’t easy. At least give it a shot. If you miss it, then let it stay.”


Tu lah ayat yang Haziq asyik cakap dekat dia. Time mula-mula dia cerita pasal masalah dia. Pasal keengganan dia nak melepaskan semua cerita sedih dia dulu. Semua yang pernah buat dia rasa macam nak bunuh diri sendiri.

Nauzubillah!


Dulu, dia pernah cuba tenangkan diri dan yakinkan diri sendiri yang semua yang dah jadi tu..takdir. Takdir yang tak ada sesiapa boleh ubah. Dia terus balik ke Kodiang. Waktu tu dia rasa, itulah satu-satunya tempat yang boleh buat dia lupakan peristiwa sedih tu. Tapi dia silap. Dia lupa yang itulah juga satu-satunya tempat yang buat dia jadi rapat-serapat rapatnya dengan arwah Sham.


Waktu tu dia form 4. dan Sham baru aje lagi jadi anak angkat Ibu dengan ayah. Baru nak kenal. Baru nak mesra. Ibu dengan ayah cadangkan dia dengan abang baru dia pergi tolong Tok Wan dengan Tok dekat kampung. Waktu tu bulan puasa,awal bulan. Tok Wan penjual murtabak daging paling sedap di kampung tu. Memang tak ada siapa boleh challenge Tok Wan punya murtabak. Hari-hari, dia dengan Sham akan bangun sahur dengan Tok,Tok Wan dan Pak Cik. Adik ibu yang paling bongsu. Lepas aja sahur, dia dengan Tok pergi ambil air sembahyang sama-sama. Dia selalu ajak Tok teman dia masuk bilik air,sebab dia penakut. Kadang-kadang, bila Tok tak larat teman, Sham yang jadi mangsa. Tak pasal-pasal kena jadi sentry kat luar pintu bilik air.Dan selalunya, ejekan-ejekan keji akan kedengaran. Sham selalu gelakkan dia, sebab dia penakut even waktu tu, dia dah ada tali pinggang merah dalam Tae Kwan Do. Tapi dia tak kisah. Asalkan dia tak bergelap dalam bilik air tu.


Lepas jemaah Subuh dengan Tok Wan and Tok, mesti kena kerah tenaga di dapur. Tolong siapkan bahan-bahan nak buat inti murtabak. Selalunya, dia dengan Sham akan panjat kereta Wira hijau Tok Wan dan jadi pengikut setia ke Pasar Kodiang. Teman Tok Wan beli segala barang-barang. Kubis berguni-guni. Bawang besar bawang kecil semua. Telur memang tak payah cakap la. Memang banyak sampai penuh bonet kereta Tok Wan. Lepas tu mesti Tok Wan acah nak belanja ais kepal,tapi sebab dah bulan puasa,maka memang tahan air liur aja lah.

Sepanjang hari,memang kerja duduk di dapur aje la.


“Tok, okay ka kalau potong lagu ni?”Kubis separuh diangkat. Di hadapan dah terbentang kubis yang dah separuh hancur,dicincang dek Nisa.Dah potong separuh,baru nak tanya okay ke tak?Haru!


“Boleh la potong lagu tu. Tapi bagi lagi haluih lagi. Lagu yang Sham potong ni haa” Tok muncungkan mulut kea rah Sham yang tengah tekun cincang kubis dengan pisau panjang. Dah ala-ala samurai nak berperang.


“Sham pandai kan Tok?” Muka bangga. Time tu,Nisa rasa nak baham manusia yang lagi satu tu.

..

Menginjak waktu Asar, Tok Wan dengan Pak Cik dah siap-siap nak ke batas, jual murtabak. Nanti,dekat gerai murtabak Tok Wan yang sederhana kecik tu, Pak Cik akan jadi tukang kibar and Sham akan jadi tukang goreng. Nisa akan jadi tukang jual. Bab-bab duit, memang dia nombor satu!


Pap!


Jatuh buku Biology setebal 2 inci tu, membawa balik Nisa ke alam nyata. Alam yang memisahkan dia dengan arwah Sham. Buku yang jatuh dek terkena siku tajam dia tadi,diangkat dan diletakkan kembali ke atas meja. Nafas dihembus perlahan.


Letting go ain’t easy.But nothing is impossible. Move forward, Nisa.


Dan dia bangun menuju ke katil di sebelah kiri. “Apa-apa pun, aku nak tidur dulu.” Malam ni ada qiyam dekat surau besar. Terlepas kang buat rugi aje.

..


Respiratory system is one of the important systems in our body. It mainly involves the air circulation in our body, and also interacts with our cells. Any failure in this system will lead to various complication to our….


“Mak kau meletup!”


Nisa dah merah padam. Rasa nak tukar jadi naga dah. Habis satu library tu pandang dia semacam. Anis yang dekat sebelah dah tergelak-gelak. Sikit pun tak rasa bersalah. Suka lagi adalah.


“ Kau buat apa dekat sini??!” Nisa masih berdiri di sebelah kerusi yang tergolek di sisi meja. Punyalah terperanjat. Gaya macam nampak hantu aje! Anak mata dah menyorot Anis yang dah mula ambik tempat kat kerusi setentang dengannya.


“Saja datang nak basuh baju.” Selamba ditutur.senyum sinis ditarik sekilas. Budak ni memang tak berubah la.

Tapi nampak dia macam dah lain..dia nampak…radiant? And..tenang…


“ Haha.you and your funny answer!” Nisa dah relax. Kerusi yang jatuh pun dah ditarik naik balik. Dia ambik tempat di depan Anis yang dah tersengih-sengih. Lama sungguh tak nampak budak ni. Tiba-tiba aja dia menjelma kat sini.


“ Angin tak ada. Apa pun tak ada. Tiba-tiba terjengul muka kat sini. Apanya?” Nisa bertanya

.

“Aku rindu kau. Sebab tu aku datang.” Ringkas tapi cukup nak buat Nisa menangis. Sungguh la dalam banyak-banyak hubungan, persahabatan memang paling murni and jujur. Tapi betul ke budak Anis ni rindu aku? Tak ke kerja gila nak drive dari Seremban ke sini?


“ Betul. Aku rindu kau. Alang-alang tengah cuti ni,aku datang jumpa kau kejap.”


“Naik apa?Jalan kaki?”


“Gi-la! Drive kereta ayah aku laa…” Apa buang tabiat aku nak jalan kaki dari Seremban ke sini? Kot iya pun dekat Seremban dengan Melaka,tapi takkan la sampai nak berjalan kaki.


“So..apa cerita?” terus ditanya.


Nisa kerut muka. Mangai budak ni. Terus masuk isi utama. Tak ada mukadimah ke hapa..memang straight to the point lah.


“Apa nya?Cerita apanya?”

“Your life”

“Nothing. Biasa aje. Ada la satu dua benda yang berubah kot.”


Ditenung badan sendiri. Memang nampak biasa. Ada la satu dua benda yang berubah. Baju dah bukan lagi paras atas pinggang. Ataupun lebih tepat, dia sekarang dah selesa berbaju labuh panjang. Tudung bukan setakat pakai. Bukan setakat untuk diletak di kepala. But more to conceal what she have. Rambut ialah mahkota wanita. Memang itu yang ditonjolkan dalam iklan shampoo sekarang, but it ain’t that way. And dia dah seikit demi sedikit faham apa maknanya menutup aurat dengan lebih baik.


Sekarang,even turun drill basket pun,dia pakai tudung. Dulu, dia rasa,kalau setakat turun court dua tiga langkah dari bilik dia, tak payah la nak bertudung.tapi sekarang lain.


Thanks to that Allah. Thanks to manusia yang bernama Haziq jugak.


Senyum ditarik di bibir. Kepala diangkat ke depan.


“ Jom ke cafĂ©.” Ditarik tangan Anis yang terkebil-kebil. Nak tak nak diturutkan jugak langkah Nisa yang makin laju menuruni tangga.

Monday, May 3, 2010

part 16


Bukak. Tutup. Bukak balik. Tutup balik. Flip biru berkilau di bukak kembali.


“Nothing else matters. Sure” dibisik perlahan dalam hati. Get a grip, Haziq. Ni bukan masa kau nak pentingkan perasaan sendiri. Ni hal hidup kawan. Hal ‘dia’.


“ Hello”

“Assalamualaikum” kerut di dahi dah naik. Apesal suara garau? Takkan Sya jadi lelaki?

“ Siapa ni? Sya mana? Siapa ni?!” risau.

“ Aku laa”


Eh..?? aku? Ada ke manusia daftar nama dalam surat beranak as Aku? Siapa?


“ Come again”

“ Aku. Haziq.” Perlahan,tapi yakin. Beat it,man.


Hujung sana diam. Berdengus pun tak. Petanda baik.


“ I need to see you” Haziq keluar suara.

Diam lagi di sana. Tak ada respon.

“ I know you’re there. Cukup-cukuplah tipu diri sendiri. Come. See me. Lepas isya’,dekat masjid. Aku ada benda nak bagi dekat kau”


Klik.


Dan yang dihujung talian sana antara percaya dengan tidak. Antara nak pergi atau tak. Antara nak terus lari atau menyorok dalam bayang-bayang untuk selamanya.

..

“ Macam mana if dia takmau datang?” Sya kerut dahi.

“ I know her. She will come” yakin.

“ how long?”

“ Allah knows” lembut bersahaja Haziq membalas.Mana la pulak si Nisa ni? Jangan bagi aku putus harapan sengsorang kat sini..


“ kami gerak dulu. Nanti kantoi plak..” Kiera keluar suara. Haziq angguk kepala.


Benda warna purple tu ditarik keluar dari saku baju Melayu. “Now, or never” perlahan ayat tu dibisik ke dalam kepala sendiri. Selang dua tiga minit, dia dengar derap tapak kaki di belakang. Toleh.


“ Apa hal?” sepatah sepatah keluar.

Cuba bagi salam. Terkejut aku tau tak?” Haziq buat-buat ceria.

“ Sorry” bawah sedar Nisa menggumam. Apa hal mamat ni…gaya call siang tadi macam ada benda penting aje..ni relaks semacam aje..

“ Kau..kalau kau nak prank aku tetengah malam ni..tak..”


Berhenti tiba-tiba. Mata berlari ke arah tangan yang dihulur ke arah nya.


“ Where the hell you get this from?” sejak bila jadi pemelihara harta pusaka aku pulak..bukan main besar mandat..


“ Balik ni, please dengar segala yang ada dalam ni..”

“ aku takmau benda ni..” dipandang sebelah mata. Separa sedar yang suara dah bertukar nada. Bukan dingin macam ais, but more to..nak menangis..

“ Ambik.Balik dengar.” Dan tangan sekali lagi di seluk ke kocek baju Melayu hitam. A piece of paper.

Kali ni dihulur benda purple tu, along with that piece of paper. Mata mendarat tepat ke muka gadis di depan.

Timbul rasa kesian, tapi tak boleh tunjuk.


Teragak-agak Nisa menyambut dari tangan Haziq.


“ Apa ada?”

“ Balik dengar. Tau la nanti.” Dengan ayat tu, Haziq jalan tak toleh belakang dah. Lega. Satu tanggungjawab dah lepas.

...

Sampai di bilik, Nisa capai Macbook yang tersadai di hujung meja. Punat suis ditekan. Beberapa saat lepas tu, wallpaper berwarna kelabu muncul di skrin. Di capai cable iPod warna putih di dalam laci meja. Di sambung ke iPod purple pemberian Haziq tadi.


Volume up to the maximum. Aku nak dengar lagu apa pulak kali ni budak ni nak suruh aku dengar.


Jari berlari di touchpad.

Right click.

iPod open.

Choose folder.


“HATI”


Heh,tengok folder pun dah tau lagu jiwang kat dalam ni.


Right click lagi.Play all with iTunes.


Langkah di atur ke katil bercadar merah hati. Satu..dua..Langkah mati.


Malam tu,bergema bilik dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran. Bermula dari surah Al-Fatihah sehingga surah apa, Nisa pun kurang pasti. Sebab dia terus terlena sekali dengan airmata yang turun ke pipi.

Dan genggaman tangan kanan Nisa,ada secebis kertas yang Haziq bagi tadi;

"Allah is closer to you than your own jugular veins."

Saturday, April 24, 2010

part 15


“ Sham, please. Pretty please…” suara di hujung talian dah merayu. Jangan la aku kena tinggal sorang-sorang kat sini…scary!


“ Baca tiga Qul banyak kali. Hilang lah takut tu nanti”


“ Dah..but still takut..datang laaaa..”


“Hey, why so scared?” Bukan ada apa-apa pun. Guruh aje pun. Tapi yang ni cakap dalam hati. Tak sampai hati nak cakap pun sebenarnya.


“ Bad memories. Pleaseeee…I promise you,this is the first and last time ever”


“Tunggu sekejap. I’ll be there in half an hour.” Dah turun tangga. Mana pulak kunci kereta ni? Mana aku letak? Mama ambik kot..


“Thank youu..seriously, I love you..ngaaaa” di hujung sana dah lega. Fuh. Nasib baik ada dia ni..


“Stay. Jangan pergi mana-mana. I’ll be there. And one thing.” Mana mama ni…


“What?”


“ I love you too dear sis”

“ Maaaa..nampak kunci kereta tak?” belakang pintu? Takde. Atas tv? Nope. Missing in action time-time emergency macam ni la pulak..haihhh..

“ Nak buat apa? Nak pergi mana pulak? Kan baru aje sampai rumah?” mama bersuara dari dapur sambil berjalan ke ruang tamu. Di tangan ada dulang penuh dengan teko air dengan cawan. Minum petang time..

“ Nak pergi ambik Nisa. Dia kan takut guruh. Dia tinggal sorang-sorang kat studio. Mama nampak kunci kereta tak?” ditanya ke mama.


“Tu haaa..mama letak tepi pasu kat meja depan. Balik cepat sikit. Hujan ni..”


“ I will”


“Drive elok-elok. Mama tak sedap hati laaa..”


“ Jangan la risau. InshaAllah okay. Dekat aje lagipun. Okay lah ma. Nak pergi dah. Nanti bising si Nisa tu” salam dihulur. Dan bersambut. Dicium tangan mama. Lama.


Dan kelibat Sham hilang ditelan lebatnya hujan..selamanya..

“ Ya Allah.. Nisa, dia…dah..”


“ He’s gone. Forever.” Manik jernih dah turun. Dah start dah..Semua kaget. Is this the real reason?


“ I’m the criminal” tiba-tiba ayat tu terkeluar dari mulut Nisa.


“Why? It’s not your fault” lembut Kiera memujuk. Kena betul gaya ni..kes besar..


“ Of course my fault. Kalau aku tak call dia,suruh dia datang ambik aku,mesti tak jadi macam tu. If I ever stand the fear. For once..if..if..” dah tersedu sedan di situ. Ah kalut…


“ Not your fault sayang. Dah takdir..”


“ But still! Aku yang call dia. Aku yang paksa dia datang dalam hujan tu. Aku yang sengaja tamau balik awal. Konon nak buat surprised..” nada dah bertukar. Full of hatred towards..erk..herself?


Very dangerous.


“ What happened actually?”


Diam. Lama dari mula-mula tadi.


“I ask for an umbrella,because I don’t want to be in the rain. He came towards me,lintas jalan. Then,out of nowhere,a truck passed by me.” Berhenti kejap di situ. Lagi tiga manusia terkedu.


“After that,all I could see is blood. Everywhere. On the road,in the rain. He was there,laying on the road,stop breathing already,with an umbrella in his hand. And that,made me felt terrible. Everyone said it’s okay. But no. It’s not okay! He’s dead! Dead! After all these years, I just can’t let this slipped away from my mind!”


Terhambur jugak apa yang dia tahan selama setahun lebih ni.

Semua yang ada dalam bilik tu terdiam. Yang kedengaran hanyalah sedu sedan Nisa yang makin kuat. Ya Allah, this girl sure suffers a lot.

Dah seminggu berlalu since kejadian Kisah Benar tu terbongkar. Seminggu jugak la ahli bilik B1 ground floor tu senyap sepi. Semua takut nak tegur tuan punya badan. Takut leleh lagi sekali..ye la. Benda macam tu bukan boleh dibuat seloroh. Dan tak boleh diungkit tak tentu pasal. Kalau dilihatkan keadaan Nisa sebelum sesi luahan perasaan tu, memang contradict habisan dengan gayasana ke mari. Dia cakap iPod tu salah satu benda kesayangan. Tapi dalam hal yang libatkan hal arwah Sham, memang dia tak boleh tenung iPod tu lelama. Sony E orange tu pun sama. Arwah yang bagi hadiah sebab Nisa dapat masuk team basketball sekolah. And orange is his favourite. Thus, she can’t stand the phone. At least buat masa ni.
sebenar dia sebelum ni. iPod purple dah macam jarang di usung ke


Tapi apa ke halnya pulak dengan Haziq? Budak H1 P7 tu? Ada kaitan ke dengan zaman gelap Nisa? Kiera dengan Fidah dah tak larat nak fikir. Sya aje yang sibuk bising suruh cari kaitan dua manusia tu. Alasan; dia tamau ke hulu ke hilir dengan zombie. Tak sanggup nak tengok katanya.

Masuk hujung minggu ke dua, semua nekad. Sampai bila nak biar yang lagi sorang tu jadi zombie? Last sekali semua tekad.

..

“ Sekali ni je” benda 7 sentimeter bertukar tangan.


“ Jangan buat hal. Dia dah la anti aku” genggam. Erat dan kuat. Stuck between the choices. And yet have no way outta here. Kacau.


“ Kau sayang dia?” perlahan. Dua mata bertembung.


Diam. Nafas dihembus sekaligus. Kasar dan berat.


“ Deal. Tapi aku buat cara aku. Boleh?”


“ Tak kisah apaper. Aku nak dia hidup. Hidup as in otak bergerak. Tak macam sekarang”


Senyum nipis ditarik sekali lalu. Now, where should I start?