Friday, January 1, 2010

part 7

Part 7


Angin petang berpuput lembut. Macam saja nak bagi dia berfikir dengan lebih dalam. Dan dia dapat rasa syahdunya suasana kat tepi koridor dorm E9 tu. Macam tau tau aja dia memang nakkan ketengangan saat macam ni. Diangkat cawan Nescafe 3 in 1 ke bibir. Ingatan dah berputar ke masa purba. Heh, purba la sangat. Baru berapa bulan kot,Nisa. Suara vokalis Muse yang tengah syahdu ulang lirik Unintended dah macam dengar sayup sayup aje,even volume dah tahap pecah gegendang telinga.

....


“Jalan straight. Buat muka tak bersalah,Nisa. You can do it.” Merah muka Nisa bila dia lambat ke perhimpunan pagi hari tu. Dah la kena ambik nama dengan prefect skema, lepastu kena pulak terlanggar Haziq. Yang budak tu pun, apehal lah pandai sangat berdiri macam tunggul kayu tak laku kat situ? And memanglah dalam banyak-banyak spot kat tepi surau laluan nak ke perhimpunan tu, dia yang berdiri mengadang jalan. Caishhh. Spoiled mood betullah. Malu satu hal plak.

Dan sekarang ada Cikgu Nazri pulak kat depan ni. Think Nisa think. Fast.

“cikgu...” dengan sengihan Nisa menegur. Jangan la pulak ada scene apa apa kat sini.

“ Hmmm, Nur Anissa. “awal” sampai?”

Alahai...kena sekali. Pedas ni pedas. Alasan Nisa alasan.

“ Erk..saya sakit perut la,cikgu. Tengah bulan.” Lantaklah. Taram aje lah. Percaya ke tak,tu lain cerita. Tangan diangkat ke perut. Sengaja dipegang, nak bagi effect sakit perut yang real.

Tap.

Ah..sudah. Apa pulak yang jatuh ni? Okay. Tunduk sekarang,Nisa.

Omaigot! Ya Allah. Macam mana boleh terlupa dia tengah selit iPod tu kat tepi kain sekolah dia? Habis lah...

“ iPod?” muka Cikgu Nazri dah berubah. Merah. Jangan lah dia bertukar jadi Mr. Octopus pulak lepas ni.

“Nisa, saya tak kisah awak datang lambat ke perhimpunan. Sebab saya tahu,awak ada alasan awak yang tersendiri. And selama ni saya bagi muka sebab your good performance on your studies,but you have to know that rules are made not to be broken” satu nafas Cikgu nazri sound dia. Budak yang berdiri di baris belakang dah start pandang-pandang. Emcee dah nak bagi cue untuk nyanyi lagu sekolah. Mangai.. memang maut aku kali ni.

“ But if you follow all the rules, you’ll missed out the fun” tu memanglah slogan dorm dia. Tapi ayat tu ditahan dalam hati. Memang tempah keranda sendiri tu kalau nak say out loud gaya penyanyi popular masa kini. Nisa diam. Dalam hati dah siap sedia bayang diri sendiri lari keliling foyer sekolah. In school uniform,of course.

“ Cikgu,tu saya punya”

Tersentak sekejap Nisa. Macam kenal.

“ Betul kamu punya?”

“Haah. Saya mintak dia chargekan untuk saya. Sebab dia ada access to computer sebab dia kan Editor sekolah.” Sikit punya steady dia menjawab.

“ Awak tau kan benda ni haram?” Cikgu Nazri terus menyoal. Memang tak puas hati lagi cikgu disiplin sorang ni.

Nisa diam lagi. Kepala dipusing 45 darjah ke sisi kiri. Haziq. Lagi satu malapetaka ke ni?

“ Tau. Tapi Cikgu Marzuki yang bagi. Dia nak suruh saya dengar satu lagu ni. Senang nak prepare music notes untuk band punya performance. Kalau cikgu tak percaya,cikgu boleh refer Cikgu Marzuki.” Tenang tak beriak Haziq menjawab. Tapi sikit pun tak dipandang muka Nisa.

“Oh. Tak apa la kalau sebab tu. Tapi lain kali,awak patut inform saya” suara Cikgu Nazri dah mengendur.

“Dah. Pergi beratur” dan dengan arahan gaya macam inspector polis, Cikgu Nazri pergi berlali.
Nisa masih tak berganjak kedudukan. Haziq tunduk mengutip iPod merah jambu yang terletak elok dalam casing warna purple.

“ Nah.” Dihulur ke arah Nisa,dan disambut pula oleh tuan punya iPod yang sebenar. Dah macam kena sampuk pulak budak ni. Langkah dah diatur beriringan ke arah murid lain yang dah ready nak nyanyi lagu sekolah tercinta. Nasib baik tak ada siapa perasan drama sebabak di belakang.

“One more thing. Lepas habis perhimpunan,ikut aku jumpa Cikgu Marzuki.”

“Why?” sepatah ditanya.

“Buat pakatan Axis dengan dia.” Haziq dah sengih.

Nisa angguk,serentak dengan muzik lagu sekolah yang berkumandang dan langkah dua manusia yang berlainan arah.

....

He was my shining armour. Yeke? Entah. Yang dia perasan, Haziq memang selalu muncul dalam hidup dia,pada masa yang sesuai. Hati dah rasa lain macam,tapi akal cepat men-denied-kan perasaan tu. Hilang akal ke,Nisa? Sekarang bukan masa untuk jatuh cinta. Sekarang masa untuk rancang masa depan. Lepas dapat result SPM nanti,memang dia akan cuba yang terbaik untuk dapatkan course yang dia nak. Di hirup lagi Nescafe.
....


“Nisa,kau tak pernah jatuh cinta ke?” Soalan Anis saat tu terasa menggeletek perut dia. Mabuk apa si Anis pergi tanya soalan camtu?

“ Tak” sepatah dia jawab. Yakin dan padu.

“ Serious tak pernah? Time sekolah rendah, takpun time before form five ni pun kau tak pernah ada crush ke?”

“ Crush? David Archuleta ke Paramore?” dia still acuh tak acuh. Crush tu tajuk lagu kan?

“ Okay. Dah masuk mode i-am-a-lyrical-person dia la tu. Serious laaaaa” Anis masih dalam mode menggesa. Memang tak pernah putus asa lah budak ni.

“ Once.” Sepatah kata dari Nisa buat Anis tiba-tiba diam.

“Him?” masih mahu bertanya.

“Who else?” dan saat tu tangan Nisa dah menggeletar. Please. Not now.

Dan Anis yang kematian kata terus diam membisu. Dan sejak tu jugak, memang tak pernah timbul soalan pasal hal tu lagi.

...

Dia bukan tak percaya cinta. Cuuma dia tak mahu percaya cinta yang asyik masyuk sesama manusia. Bagi dia,cinta untuk Allah patut lebih dari segalanya. Loves between manusia dengan Ar-Rahman patut lagi tebal dari cinta between manusia dengan manusia. Sebab bila cinta dengan manusia dengan Allah lagi tebal,barulah seseorang tu boleh dapat eternal happiness. Apa eternal happiness tu? Senang. Kebahagiaan di akhirat. Itu yang sebenarnya,bukan cinta yang based on nafsu semata-mata. Dan dia sendiri dah nampak contoh yang kalau cinta dekat Allah tu less than cinta sesama manausia, akhirnya memang tak akan ada ending yang betul-betul happy.


“Right. Kalau tak pegang prinsip ni, memang akan jadi macam dia” perlahan Nisa bertutur ke diri sendiri. Dan sepi menjenguk lagi. Ditebarkan pandangan ke langit.

“ Ya Allah,rahmati kami semua ya Allah. Dan ampunkan aku.”

Di tutup iPod di sisi. Nisa bangkit dari rak kasut yang dihuni sejak lepas Asar tadi,serentak dengan azan Maghrib yang berkumandang.

No comments:

Post a Comment