Saturday, February 6, 2010

part 12




Botol air?

Ada.


Tuala?

Ada.


Snickers? Diraba poket seluar sebelah kanan.

Ada.


Done.


Bismillahirrahmanirrahhim. Langkah di atur. Tolong lah aku bukan orang terakhir yang sampai foyer nanti.


“Lambat! Turun 10 kali!” fasi berbaju biru berseluar hitam tu menengking. Direnung si baju kuning di depan.


“ Zubir, kau bawak yang lelaki dulu. Ti’ah, yang perempuan biar follow belakang budak lelaki. Bawak straight dari foyer ni, pusing terus sampai blok B. lepas tu patah balik ke sini.” Ketua fasi masih menunjuk kuasa.


“ Yang tu?” Zubir bertanya. Mulut dimuncungkan ke arah si baju kuning yang dah siap letak botol air dengan tuala ke tepi,nak turun pumping.


“ Aku handle. Biasa sangat lambat-lambat ni” angkuh sikit bunyinya.


Sesaat lepas tu, segerombolan budak lelaki berbaju kuning,sama macam yang tengah nak start pumping tu. Masing-masing muka ketat lalu sebelah ketua fasi berlagak tu. Tua setahun pun nak kerek ke?


Kemudian elok aje budak lelaki bergerak,tak sampai 50 meter,gerombolan perempuan berbaju kuning pula berlari membelah malam.


“ Ni ke Larian Amal?!” Sya bersuara rendah ke Fieda yang berlari di sisi kiri. Kiera sengih.


“Lantak ah,sekali ni aje. Ikutkan aje laaa” Kiera yang berlari di lane tengah pulak bersuara.


“ Nisa, kau memang suka berlari ke ape?” Sya masih galak bertanya. Dengan termengah-mengah tu,sempat lagi.


Yang di tanya diam. Larian masih diteruskan. Peluh dah turun tak mengira jantina. Peluh jantan,betina,khunsa..semua keluar. Tapi Nisa masih diam. Pandangan di tala ke depan. Tangan yang dihayun ke kiri dan ke kanan masih tegap bergerak. Sikit pun tak goyah. Nampak composure habis…padahal dalam hati…macam nak pecah rasa.


Sya diam bila tiada reaksi dari Nisa. Sah! Kawan aku yang sorang ni memang kena sampuk hantu foyer!



Macam nak hayun penumbuk aje dekat Bro Tahir tu. Ada ke patut dia suruh aku pumping tetengah foyer tu depan semua orang? Nasib baik 10 aje. Setakat 10 tu,ala-ala kopek kacang ah. But she was there…agak-agak dia terkejut tak tengok muka aku tadi?


“ Hoi, apa tunggu lagi? Cepat laa..dah lambat dah ni. Nanti tak sempat cop kerusi.” Latt dah bising. Latt, kawan satu bilik Haziq yang baru. Kenal tak sampai berapa jam,dah kamceng macam dah kenal bertahun-tahun. Ah, life is easy. Yang jadi complicated tu sebab manusia aje suka anggap macam tu.


“ Ala Latt,kau lupa ke? Haziq buat performance laaa. Sure dah ada kerusi sendiri nanti..Jom gerak dulu ah” ni lagi sorang. Yeop. Tengok nick pun dah boleh teka dia ni orang Perak. Nama betul; Tengku Yazid. Sikit punya sedap nama,boleh dia tukar jadi Yeop terus.


Haziq angkat kening. “ Tu la korang..aku ajak join aku jadi back up singer takmau. Kalau tak,tak payah rushing-rushing camni.” Haziq bersuara.


Budak dua orang tu dah takmau layan. Senyum simpul terukir. “Kitorang takde bakat macam kau, Ziq..” kening diangkat. Ada la tu nak buat bahan kejap lagi.


“ Good luck ah Ziq. Mintak-mintak budak tu perasan kewujudan kau malam ni,kalau tak,sesia kau teran suara tetengah malam ni..”


“ Kitorang chow dulu. Apa apa hal,roger.”


Langkah diatur ke arah Dewan Utama. Haziq geleng kepala.


“ Ya Rabb, mintak-mintak plan aku menjadi.”


Tali kasut disimpul kemas. Dibetulkan leher baju. Dikemaskan sedikit rambut. Guitar kesayangan diambil ke tangan. Sekilas dipandang penampilan dia di dalam cermin. Perfect! Kalau tak perasan jugak,aku tatau nak buat macam mana dah.


Nisa berdebar. Peluh dah berlumba-lumba turun ke dahi. Apehal gelabah kucing ni, Nisa? Easy,easy..


Sya siap berkebaya hijau pucuk pisang,dipadankan dengan tudung bawal sama warna. Fieda pun boleh tahan bergaya. Dengan kurung pahang merah-hitam-putih,dia nampak lebih tinggi dari sepatutnya. Kiera,si pendiam antara semua pun melaram malam tu, dengan blaus pink,sekali dengan skirt jeans favourite dia. Nisa?


Jeans, t-shirt Couple*,dengan snickers Adidas purple dia. Tudung hitam yang dah dipakai 2 hari tersangkut di kepala. Lantak orang nak kata apa. Asalkan tutup aurat,sudah. Sempoi habisan.


Dia lah manusia paling happy bila akak-akak fasi beritahu yang diorang boleh pakai baju bebas untuk Malam Penutup minggu orientasi tu. Dah tak larat nak cekau baju kuning rasmi matrix dah. Cukup la jadi pisang bergerak untuk 3 hari berturut turut. Dan bila Sya usulkan dia pakai kebaya milik Sya, dia gelak sampai guling-guling. Dia bukan tak tahu nak melaram,tapi dia malas. Setakat majlis penutup tu, baiklah low profile. Bukan ada siapa nak tengok pun..eh,takde ke?


Nisa gelisah sendiri.


“ What’s wrong?” Sya datang bertanya. Pelik semacam budak ni. Gastrik ke? Masam semacam aje..


“ Nothing.” Sepatah dijawab. Biarlah, there’s no need for them to know.


Dan di pentas..


“Well let the geek in the pink take a stab at it..”**


Apahal macam kenal lagu ni? Oh..lagu ni. Again.


Mata macam dah fixed ke pentas. Tak berkelip. Dejavu. Lagi sekali. Sungguh lah budak ni nak makan tapak kaki aku..


Haziq di atas pentas,senyum-senyum puas hati. Dengan guitar di tangan,dia bawakkan lagu Geek in the Pink favourite Nisa. Siap costume. T-shirt band Couple warna pink,sekali dengan cap warna sedondon.


Yeop dengan Latt di bawah macam nak tersedak air sirap bila tengok Haziq pakai pink segala.


Heh, love really turns someone into a new person.


Dan Nisa macam nak keluar bebola mata renung yang di atas pentas tu. Even lepas tu ada segala macam dikir barat, boria, sketsa..semua berlalu macam angin. Sedar-sedar Malam Penutup dah berakhir. Dan selamat sudah 3 hari orientasi yang menyesakkan kepala otak.




* T=shirt Couple; Couple is an indie band in Malaysia.

** Geek in the Pink;Jason Mraz.