Monday, December 21, 2009

part 6

part 6


“ Aku suka basketball “ Kaki kerusi diheret dari hujung kiri meja ke tengah bilik muzik yang sempit tu.

“I can be your Kobe Bryant” si sepet yang masih berteleku di meja bersuara.

“ Aku suka skateboards “

“ I can be your Tony Hawk “ masih di meja.

“ I am a Liverpool kipas-susah-mati “ hah,yang ni mesti dia mati ayat.

“ I can be your Fernando Torres “

“ Why don’t you just said that you can be a Superman then? “

Si sepet diam. Direnung ke tengah bilik.

“ Because you are not Lois Lane either.There’s no point of me being a superman”.

Nisa terdiam. Apa kes ni? Apa hal aku pergi spilled semua sekali dekat dia ni?

“Enough said. Aku dah mengantuk gila. “

“ Fine. Kau balik dulu. Aku nak habiskan yang ni. Last piece.” Direnung dengan tekun kertas kertas yang tertulis segala macam music notes,yang memang takkan ada siapa faham kecuali Cikgu Marzuki dengan….Haziq.

“haaaa?” spontan terkeluar pertanyaan dari mulut Nisa.Biar benar mamat ni. Nak jadi Zionis pun biarlah berpada-pada. Takkan nak bagi aku balik sorang tetengah malam gelap gelita macam ni…

“ Apehal?Takut? “

Nisa geleng. Redah aje la Nisa. Takkan kau nak mamat asbestos ni gelakkan kau? Kaki diangkat dan bismillah dibaca.

….

Peluh dah mula menitik dari dahi. Adui laa..kenapa time ni pulak la kipas bilik muzik ni nak rosak?Haziq mati akal. Dia memang tak boleh tahan kalau panas panas macam ni. Ni dah macam kena panggang dalam microwave ibu kat rumah aje ni.

“Jom balik la Haziq” suara Bopen menyapa lagi. Dah naik rimas teman Haziq ni jamming lagu dalam bilik panas ni.

“Kau jalan dulu lah. Aku nak bagi tune dia betul sikit lagi.”

“ Alah,bukan tak boleh buat kat dorm…”

“ Ni mission baru aku ni. Tak boleh ada orang dengar. Takpe.It’s okay. Kau nak balik dulu,pergi ah.”

Bopen keluar dengan muka pelik. Kejadahnya Haziq ni? Tekun semacam. Jawab soalan Add Maths pun tak tekun macam tu.

Tapi yang kat dalam tengah berpeluh tu dah tak kira. Mesti siap jugak belajar lagu ni. Mesti! Mesti nganga lah muka budak tu bila dengar lagu ni.

….

Dan hasilnya,budak tu tak tengok pun dia buat persembahan malam tu. Haziq perasan yang Nisa terus bangun bila dia start petik note yang pertama. Kenapa kau benci sangat dekat aku, Nisa?

….

Nisa buat muka toya. Sham dah membebel.

“ Kalah mak nenek la kalau dia dah start dia punya lectures. Ish!” tapi dalam hati aje. Berani ke nak luah ayat toya semacam tu depan manusia bernama Sham tu? Tak mungkin,tak mungkin. Sekali kena debik kat dahi,mau benjol berhari-hari.

“ Cuba la buat perangai elok sikit. Awak tu dah besar,tau? Dah nak masuk 17 tahun dah pun. Sepatutnya dah boleh beza baik dengan buruk. Ini tak,asyik nak ajak orang gaduh aje. Memang tu ke tujuan belajar Tae Kwon Do selama ni?!” naik seoktaf suara Sham. Aih budak ni. Ada ke patut dia pergi redah tumbuk muka budak lelaki tu? Kalau setakat gaduh mulut ke,okay lagi. Ini dah sampai lebam muka budak tu dia pergi bantai. Aduhai la adikku. Nasib baik pengetua bagi last chance time dia pergi jumpa tadi.

“ He started it first!” Geram!tapi memang betul pun. Haziq yang start dulu. Ada ke patut dia pergi cakap kat orang yang aku ada boyfriend? Siap datang tiap-tiap minggu lagi melawat aku? Hyaluronic acid punya budak. Memang patut pun kau kena tumbuk dengan aku. Biar dia rasa sakitnya.

“ Apa yang dia cakap?”

Diam. Takkan la nak bagitau Sham, yang semua orang dekat sekolah ni anggap diorang dua tu pasangan kekasih? Gila lah tu.

“ Nisa, answer me now.”

Diam lagi. Ditarik nafas dalam dalam. Dilepas sekali dengan kasar. Macam ada beban yang berat mahu dilepaskan.

“ Dia cakap kita ni couple” Perlahan suara Nisa. Mak aii,malu tahap giga ni dengan mamat sekor ni.

Sham diam. Direnung Nisa di hadapan nya.

“ Jom” Langkah diatur dari kawasan asrama puteri. Mahu pergi.

“ Pergi mana?” aik abang aku sorang ni. Jom ke mana pulak?

“ Buy you some plasters and meds. Dah macam ubi terlebih air dah aku tengok”

Nisa angkat dua tangan ke depan muka. Betul. Dah bengkak,siap ada tompok-tompok warna purple.

“ I love purple”

Dan ketawa pecah di situ.

….

SPM dah habis! Gila. Rasa macam semalam je masuk sekolah. Rasa macam muda aje lagi. Heh,betul la muda lagi, baru 17 tahun kot. Okay, since SPM dah habis, maka apakah yang harus dilakukan? Nisa memang mati akal. Kalau waktu waktu macam ni, dia mesti tengah lepak bilik study. Dengan ditemani satu mug penuh Nescafe 3 in 1 colour hijau. Dan radio dekat bilik tu memang lah dia buat macam dia punya. Tiap tiap malam, station radio memang Hitz.fm aje lah memanjang. Pernah jugak kena sound dengan budak lain, tapi dia buat bodoh aje. Sebab dia memang malas nak layan diorang. Nak dengar Sinar fm lah, Era lah. Kalau IKIM tu boleh tolerate lagilah. Ni kalau bukak Sinar, tetengah malam ada sesi luahan perasaan. Kejadahnya nak study sambil dengar orang berdrama ikut radio tu. Haihhh.

Nisa renung sekeliling. Semua orang buat kerja masing masing. Yang tengah melepak dalam bilik tv layan bola pun ada, yang tengah jalan lenggang kangkung naik tangga, ada jugak yang tengah renung kiri kanan. Sama macam dia.

“ Ah, bosan tahap plastik ni! “ nak buat apa? Nak buat apa? Takkan nak terperuk dalam bilik tv. Malas la layan tv. Yang itu kat rumah pun boleh layan nanti. Habis tu, takkan nak pergi baca novel jiwang macam yang Anis tengah buat?

“ Mesti si Anis ni tengah golek golek atas katil baca novel. “ Bosan. Ingatan terus berputar kenang balik apa yang jadi time malam batch hari tu. Dosa ke aku blah macam tu aje? Tu kira kamikaze ke ape? Tapi memang tak boleh tengok Haziq buat camtu. Dan lagu tu….really reminds me of him. Bila fikir balik,rasa macam nak menangis. Tubir mata dah mula panas. Ah, jangan lemah sangat Nisa. Dan dia memang dah mati akal. Diatur langkah satu persatu ke arah ampaian belakang. Longlai dan malas. Mata melilau ke sana sini, tapi kepala memang tengah timbang balik actions dia selama ni. Betul ke dah cukup kuat nak hadap dunia luar yang kejam? Boleh ke Nisa, boleh ke? Dan tengah mengelamun,dia rasa macam diperhatikan. Aik,siapa pulak kat luar pagar ampaian ni?

Think. Digest and…

Freeze. Kaku. Mulut dah terlopong. Yang di sebalik pagar pun dah bulat mata.

Nisa raba kepala. Tudung. Gone.

Mata yang di luar dah turun ke kaki Nisa. Kaki?

Dan senja tu memang bergema aspuri dengan jeritan Nisa.

….

Memang melopong mulut Haziq bila nampak Nisa berjalan ke arah dia. Dia ingatkan budak tu memang dah hilang akal. Yelah, dengan tak pakai tudung..dan..dia pakai shorts? Rasa macam nak gelak guling guling jugak time tu, tapi karang takut kena fire plak. Free aje kena maki nanti. Tapi mesti dia tengah fikir something. She’s not that stupid to let me see her like that. And the thing that lingers in her mind must be really important then. But what is it?

“ Heh, Haziq,yang kau nak sibuk hal orang apehal?”

Because she’s not an orang. She is Nur Annisa.



No comments:

Post a Comment