Thursday, December 17, 2009

part 4

SPM dah habis.Ada lagi berapa hari nak stay dekat sekolah.Sebab ada Majlis Perpisahan Batch.Walau rasa nak terbang balik rumah sekarang,kena jugak sabarkan hati.Tapi kalau balik pun,siapa lagi yang tinggal?Hati Nisa sayu bila kenangkan itu.Forget it Nisa.Life must goes on.

Dia langkahkan kaki ke tigkat bawah.Angkat gagang telefon awan warna merah yang dah calar balar.Duit syiling 50 sen seketul dikeluarkan dari poket,dan diluncur ke ruang syiling telefon di bahagian atas kanan.Ditekan tekan nombor.Kurang seminit talian dah bersambut.

“Hello”

“Hello,mama.Nisa ni.”

“SPM dah habis kan?Macam mana?”

“Okay alhamdulillah.”

Diam.Tak tahu nak kata apa.Nak cakap ke tak eh?

“Mama,ingat lagi janji mama tak?yang lepas Nisa habis SPM,mama nak bawak Nisa jalan-jalan?” nafas dah macam tak teratur.Sesak.

“Ingat.kenapa?”

“Tak payah la jalan-jalan.Nisa nak balik Kodiang.Duduk dengan Tok Wan dengan Tok.”

Yang dihujung talian sana macam tak percaya.Diam.

“Mama,dengar tak?”

“Nisa,tunggu kejap.Mama datang jumpa Nisa sekarang.” serentak itu talian diputuskan.

Dan kurang dari 15 minit,mama dah terpacul depan mata.Ah,mama..kenapa selalu Nisa jadi macam ni?

“Kenapa tiba tiba?”

“Tak tahu.Just Nisa rasa nak dekat dengan dia.” tenang tak beriak dia jawab.Padahal dada dah rasa macam nak pecah.

“Mama tak halang.Ayah pun takkan halang rasanya.Cuma mama nak tahu kenapa?”

“Maybe dengan cara ni,Nisa boleh tebus dosa Nisa.”Hujung sneakers hitam-purple-putih dikuis kuis perlahan.Fikiran dah bercelaru tahap tali kali bergumpal sana sini.Mama,jangan lah tanya lagi..

“Bukan salah Nisa,sayang.Bukan.” Puan Khalida masih cuba memujuk.

“It's my final decision mama.Kata lah apa saja.The truth is,it was my fault.”

serentak itu telapak tangan di bawa ke pipi.disapu airmata yang dah menitik dari tadi.Diangkat kepala.Senyum.

“mama baliklah.I'll be fine.Assalamualaikum.” Tangan Puan Khalida diraih dan dibawa ke bibir.Langkah laju diatur menuju dewan besar.

Puan Khalida terdiam di bangku tepi air pancut tu.Di geleng kepala berkali kali.

….

“Pedo,siap?”

“Siap.semua dah on.tinggal tunggu kau masuk aje”

“Ampun lah.Ada hal lah tadi.” Selamba dia jawab.Kerusi pendek ditarik dari tempat duduk belakang Pedo.Di bukak beg sandang dan tarik kertas yang dah separuh bergumpal dari beg.Dibentang betul betul ataslantai depan dia.Sila ditarik.

“Sorry la.Aku memang tak…”

“dah la.Let’s get the party started dude!” pecah suara dari belakang.

Haziq tarik senyum.Mata dah jadi macam mata anak apek jual sayur.

Serentak Pedo dan Haziq angguk.Drumstick di tangan Pedo diangkat tinggi ke udara.Yang lagi sorang dah siap sedia jari di strings.Tinggal nak petik aje.

“1..2..3..go!”

Dan serentak dengan cue dari Bopen,bilik muzik di hujung bangunan kejuruteraan tu berdentum dengan pelbagai bunyi.

….

Airmata yang dah nak kering diseka sekali lalu.

“Get a grip on yourself Nisa.”

Dia kena tahan apa yang dia rasa.Dia tak suka orang luar,yang tak tahu tentang diri dia,judge dia sesuka hati.Sebab apa yang dia tahu,manusia keliling memang akan judge orang lain based on appearance.Kalau orang tu selalu nangis,akan di cakap cengeng.Kalau selalu tegas,akan di label sebagai hati keras.Tak pernah orang lain cuba twist keadaan tu.Bagi dia,,tak semua benda yang nampak di mata tu,sama macam yang di dalam.

Itu yang dia rasa dengan manusia keliling.

Dia senyum tak bermakna dia gembira.Dia menangis tak bermakna dia sedih.

And there’s no one out there knows me like he did.

Langkah dah dilajukan.Dia tak mahu lambat pergi meeting batch.Nanti dia sorang yang akan tercongok congok dengan agenda yang orang lain usulkan.

Pintu warna coklat tegap ditolak sekali lalu.Tak terbukak.

“Ala..yang pergi kunci ni apehal?” dalam hati dah membuak panas.Time aku nak cepat la macam-macam hal jadi.

“May I?”

Rasa nak luruh jantung dengar suara tu.Dah la betul betul dekat tepi telinga.

Dia angguk.Sekali tolak sahaja pintu terbukak.Haziq senyum.

“After you”

Nisa langkah terus tak pandang kiri kanan.Muka ditunduk macam anak dara kena pinang putera raja.

Tapi Haziq terkejut sekejap. “is she crying just now?”.Soalan dah bertalu dalam kepala.Tapi dia buat tak endah. “Nanti nanti dululah”.

….

“Okay.Memandangkan semua dah datang,kita start majlis kita sekarang.I’ll start with the AJK’s first.”

Suara milik Hadi memecah bilik mesyuarat.Lagi 10 pasang mata terus angkat pandangan menghala ke arah Hadi.Semua suspen sebab Hadi memang terkenal dengan perangai suka bagi kerja ikut pasangan.Dan yang paling seram sekali,pasangan tu memang kena co-operate with each other tahap giga,sampai Hadi puas hati.Hailaa…susah betul.

Nisa dah berdebar semacam.”Apsal aku ada terasa aura bakal kena hempap batu kejap lagi?”

“Well,Syahir dengan Farah,u guys in charge on the foods.Pilih lah menu yang okay dari catering yang kita dah decide before ni.Lina dengan Lat,korang berdua jaga protocol.Kira dari kad jemputan sampai aturcara majlis,semua korang yang jaga.Tirah and Najah,you two have to look after the decorations and lights.Pentas semua hias bagi ikut tema la.”

Nisa dah seram sejuk.Ada lagi dua lelaki aje yang tinggal.Hadi,tolonglah pasangkan aku dengan manusia lain.Anyone but him..

“Amar dengan….” Suara Hadi terhenti di situ.Nisa dah doa betul-betul dalam hati.Not him..Not..

“Amar dengan Wani.Korang dua in charge untuk susunan meja.”

Rasa macam bom atom dah meletup.

Nisa dah merah padam.Tak tahu nak marah ke apa.Haziq senyum dalam hati.haha..

“Haziq and Nisa,korang in charge performance.Make sure semua nganga malam tu.Okay?”

Not okay!Memang la dalam banyak banyak benda,aku yang kena jaga persembahan.Apa kes?Tapi Haziq dah angguk dulu.Memang hyaluronic acid punya mamat!

No comments:

Post a Comment