Friday, November 27, 2009

part 2

Hari ni cuti. Bosan lah pulak bila mak dengan abah tak ada. Nak buat apa ni? Main teng-teng? Ape kes nya,rumah ni mana lah ada halaman rumah gedabak,senang-senang aje nak main teng-teng. Lagipun dah nak masuk 18 tahun tahu tak. Malu orang tengok. Habis tu nak main apa? Mata bundar milik Nisa berlari laju. Sekejap juling ke kanan,sekejap guling ke kiri. Huh,life is getting boring eh Nisa? Ambik kau, dulu bising nak sangat balik rumah. Sekarang dah kena tinggal rumah seorang diri,kenapa nak bising pulak. Ngaa..ajak Mak Timah main batu seremban pun okay jugak apa..

“mak Timah..mak Timah….jom main..” batu seremban. Hell!siapa pulak mamat yang tengah pandang aku atas bawah macam tengok Ninja turtle ni. Kejap. Kejap. Wait a second. Chottomatte. Aku pakai ke tak tudung nih? Tangan dah di bawa ke kepala. Tersentuh helaian rambut yang panjang mengurai tu. Dan manusia tu masih terkebil-kebil di depan Nisa. Arrggghhh!

Terkejut Sham dengan kehadiran gadis itu. Siapa pulak budak ni. Sejak bila mak dengan abah ada anak perempuan. Tak pernah tahu pun. Tadi sebelum sampai takde pulak mak bagitahu ada orang lain dekat rumah, melainkan Mak Timah. Tapi serious cantik rambut budak tu. Panjang kalah rambut Pontianak. Eh. Pernah ke aku tengok Pontianak? Gi-la! Tak nak aku jumpa benda-benda macam tu.

“Kau siapa?Kenapa masuk rumah orang sesuka hati ni? Ingat rumah mak ayah kau ke?

Mak ai. Gaya dah baik,rambut pun boleh tahan, ayu semacam je gaya. Tapi bila bercakap, lembut sikit aje dari suara Bandi penyanyi kumpulan Amuk tu.

“erk..erk..aku dah bagitahu mak dengan abah tadi.”dalam nak control suara,tetap terketar-ketar jugaklah.mana pernah dia jumpa perempuan ayu tapi ganas macam perempuan depan dia sekarang ni.

Huh? Mak dengan abah? Sejak bila pulak aku ada abang ni? Tak..tak… bukan. Sejak bila pulak aku ada adik-beradik? Bukan aku anak tungggal ke..ke abah dah kahwin lain..hish!merapu! entah-entah ni mamat yang selalu datang buat jualan langsung.yang selalu offer mak beli penapis air lah,mesin buat kek lah. Tapi sedap jugak suara mamat ni. Ala-ala suara Chuck Bass tu. Walaweh. Suara idaman kalbu tu..tapi…

“eh,sejak bila pulak kau jadi abang aku?jangan nak pandai-pandai sangat. Mana mak timah? Kau dah buat apa dengan Mak Timah?” betullah! Dah sah! Memang dia ni orang yang ceroboh masuk. Mesti dia dah apa-apakan mak Timah ni.Tak boleh jadi ni. Kena cepat-cepat hapuskan sebelum dia apa-apakan aku.

Dan sungguh lah hari tu dia macam dah malu tahap tak ingat. Rasa macam nak ambik kuali Mak Timah,sorok muka dekat situ.sungguh.manalah nak tahu rupa-rupanya, mamat tu anak angkat mak dan abah. Yang mak dengan abah pun satu hal,bukan nak bagi tahu awal-awal.sukalah sangat nak bagi aku terkejut beruk kat situ. Nasib baik tak buka silat serimau hitam aku kat situ. Budak perempuan seorang ni memang susah nak predict. Ada ke patut dia kata aku mamat jualan langsung. Sungguh lah dia pelik.

Dan sedar tak sedar, hidup dah makin nak kena jadi serius. Jadi matang itu lah yang cuba dielakkan. Bukan tak suka,Cuma belum bersedia. Okay,tipu. Memang tak suka. Sejak duduk dengan Uncle Amzar dengan Auntie Khalida ini, rasa macam dah tenang balik. Tak ada dah keluar malam sesuka hati, huha huha sana sini dengan manusia yang entah apa-apa entah. Sembahyang pun dah tak tinggal. Rasa jadi manusia balik.

....


“Sham,buat apa?”haaaaaaaaa…tapi inilah yang bala kecil yang ada dalam rumah ini. Nisa. Dulu dia anak tunggal,tapi sejak aku duduk sini,mulalah rasa terancam semacam. Tapi at last, mahu jugak bercakap-cakap dengan aku. Dan hari ini,muka ini juga lah yang di ajak ke mana saja,hatta nak ke taman permainan tengok pokok-pokok waktu petang. Gaya macam ganas,tapi bila dah kenal baik-baik,dia ini sama macam gadis lain. Lagipun bukan budak kecik sangat dah. She’s a grown up lady now. Sebab boleh tengok perubahan dia sejak aku masuk keluarga Uncle Amzar tahun lepas.

“Nak apa? Tak Nampak ke orang tengah sibuk ni?”tangan dah tarik hujung fretboard gitar kesayangan dia. Saja buat-buat tak faham budak seorang ni nak apa.

“Jom teman aku pergi Jusco kejap.Nak beli barang la. Abah cakap esok dia nak hantar balik asrama waktu pagi.Mana sempat beli barang-barang.” Ala dia ni,banyak tanya pulak. Aku putuskan strings kat gitar buruk dia tu kejap lagi,sesia aje. Sabar Nisa sabar. Dia aje lah harapan terakhir kau.

“kenapa tak ajak mama?” Tangan still menarik main strings. Agak-agak kalau aku bantai goreng dua tiga buah lagu ni sekarang,marah tak dia? Mata di bawa bertembung dengan mata Nisa.

“Mama yang suruh ajak kau” Banyak soal. Kalah cikgu disiplin lah.

“Okay.”

“Serious?hehe...kau memang best.”

“Best ye?Memang best sebab aku aku nak makan ice cream dekat Baskin Robbins kejap lagi.” Uji sikit budak ni. Kedekut ke tak sekarang.

“Erk..means?” sungguh lah mamat ni nak kena serangan hikmat harimau mencakar di subuh buta.

“means,ada orang yang akan kopak sekejap lagi”.

“I hate you.” Aku dah agak. Mesti nak suruh aku belanja,kalau tak,takkan senang-senang nak setuju macam tu.

“But I love you,sis” Sungguh lah indah kalau selalu ada orang belanja macam ini.

….

“Haziq,cuba kau datang sini kejap.” Dari jauh lagi Khai menjerit memanggil Haziq. Haziq buat muka kelat masam. Budak ni la..waktu aku tengah sedap landing ni la dia nak panggil aku. Kalau aku debik dia ni,dosa tak?

“What?”

“Tu..tu…”

“Apa hal kau ni..mana?apa bendanya?”

“Itu haa..Si Suara Besar”

Mata Haziq melilau mencari kelibat gadis yang dimaksudkan. Mana…mana….mana….haaa!jumpa!Tpai macam tak percaya. Betul ke tu si suara besar? Lembut semacam aje gayanya. Nampak manja aje. Sejak bila bertukar masuk Geng Gadis Manja ni?Digosok-gosok matanya berkali-kali.Ish..sumpah susah nak percaya.

“Cuba kau cubit aku sikit,Khai”pintanya pada rakan di sebelah,yang turut menyaksikan drama sebabak itu.

“Okay”

“Aaaaaaawwwwww!” sakitnya!Khai ni,nak bunuh aku ke ape?Tapi betul la..memang bukan mimpi pun.Memang betul minah tu.Siapa lelaki itu?Setahu aku dia anak tunggal..

“aku blah dulu.Out pergi main bola.”

Khai yang masih berdiri di tingkap dorm A3 di tingkat 3 itu hanya mengangguk perlahan.Apa angin pulak si Haziq ni?Baru pukul 4 petang.dah la petang Sabtu.selalunya waktu-waktu macam ini,mesti tak layan bola ke..ape ke..Mesti nak terbongkang tengah dorm layan mengantuk dia tu.Takpun goreng gitar kesayangan dia tu.Pelik.Ni mesti ada kaitan dengan drama Spektra percuma tadi tu.

.....


Gelap malam itu jadi saksi seorang Haziq yang lain dari yang lain. Bercelaru kepalanya,kusut fikiran nya.Selama ini,tak pernah terusik hatta sekalipun hatinya,bila melihat Nisa. Tapi kejadian siang tadi benar-benar bagi dia pening kepala. Orang brain tumor pun tak sakit kepala macam ini kot. Haih..sungguh la Adam Haziq dah jatuh cinta.

Gitar kesayangan di bawa ke riba.Malam-malam cuti macam ni,layan lagu jiwang pun okay juga.Tapi..nak bawak lagu jiwang ape? Selama ni tak pernah digoreng lagu jiwang.Ahaa..ada la satu kot.Dan jari-jari milik Haziq terus berlari dia atas strings.Biarlah salah cord sikit-sikit.Bukan nak bagi orang dengar,nak layan sorang-sorang.Sambil petik gitar,dia test suara sumbang dia sekali.

Early was the morn,flowers filled with dew

I became somebody through loving you

Softly as achild,born in natural rain

I predict the seasons,to go unchanged *

Aik,suara sape pulak ni?setahu aku,port ni takde orang lain tahu,selain aku dengan Haziq.Takkan Haziq kot….

"Sometimes in life,

You run across alove unknown

Without a reason

It seems like you belong.." *

Wah..wah..wah..sedap la jugak suara aku. Ada chance la nak jadi penyanyi.Penyanyi?Heh..putus wayar ke ape Adam Haziq ni?Ingat boleh nyanyi dua tiga ayat tu dh boleh rakam album la?ceh..

“oi bro..where’s the fire?”jerkah Khai agak kuat dari belakang Haziq.

“woi..terkujat aku” cepat Haziq membalas.Aduh..malu betul la.Kantoi pulak dengan mamat ni..habis…habis aku…believe me.he’ll laughed in 3 seconds..okay..1..2..3…

“hahaha..since when you have your own dream to be a singer?”tanya Khai dengan tawa yang masih bersisa.Sila ditarik,dan dia duduk tepat sebelah Haziq.Selalunya,bila malam Ahad,dia dan Haziq memang akan duduk melepak di tingkat paling atas blok A itu,di hujung koridor.Dan dengan bertemankan gitar selalunya,Haziq dan dia akan merapu bersama. Jadi diri yang lain,itu mereka kata. Di atas ini, mereka akan bercerita tentang apa saja,memandangkan tiada sesiapa di situ yang akan mendengar apa yang mereka katakan.Selalunya,mereka akan bercerita tentang masalah keluarga, kisah semasa sekolah rendah.Tapi tak pernah sentuh tentang chenta chenti sama perempuan mana-mana.Cuma…malam ni,Khai rasa macam nak korek sikit lagi siapa yang ada di hati Haziq sekarang.

“Spill.”sepatah Khai menutur kepada Haziq.

“What?”sepatah jugak yang Haziq jawab.Haziq memang macam tu. Tak banyak cakap.More to a listener.

“Come on.Ada apa-apa,spill kat aku.I’m all ears”Khai membalas.

“Tarak apa”senang tutur Haziq.Tapi dalam hati memang macam dah nak pecah.Khai ni bahaya sikit.Kejap lagi,kalau layan lama-lama,mau dikorek nya semua apa ada dalam hati aku ni.

“aku blah dululah.kau stay jangan lama-lama kat sini.nanti lalu warden,mampos aku nak kena beli gitar baru.”

Anggukkan Khai hanya dipandang sepintas.Biarlah malam ni aku meroyan sekejap.Lain kali takkan buat dah.For sure.

….

*Dear Life;Anthony Hamilton

No comments:

Post a Comment