Tuesday, November 24, 2009

part 1

part 1

“Dasar budak leper!!!!!!”

Bilik A-2-1 macam nak pecah dek jeritan dia. Macam mana la dia tak digelar “Queen of Voice”.

“oi,Nisa!Cuba la kau slowkan sikit volume kau tu.Nak pecah gegendang telinga aku tau tak?”Anis terus sound direct.Budak ni kalau dibiarkan,memang menjadi-jadi la perangai dia.Macam mana la tak kena sakat dengan geng-geng si Leper.

“Slow?Macam mana aku nak slowkan volume aku ni,kalau dah kotak pensil aku ni lenjun dengan Minyak Cap Kapak?!Ni mesti kerja si Leper tu.Malam ni,siap la dia!”Nisa masih tak puas hati.Nafasnya turun naik,menahan sabar.Ini memang petala ke lapan punya masalah.

Mata Anis terbeliak,bulat dan besar.”apa?Cuba kau ulang sekali lagi?”Macam tak percaya aje dengar apa yang terkeluar dari mulut mungil si Nisa tadi. Buku “Breaking Dawn” yang baru dibeli minggu lepas di MPH terus terkedang atas katil sebelah.dah jadi kurang menarik.

“kau rasa,patut ke dia pergi simbah aku punya kotak pensil dengan minyak cap kapak?sampai basah lenjun pulak tu.lepas tu,dia letak dalam tong sampah”Nisa bersuara lirih.Mata dah start nak berkaca,tapi suara masih maintain keras macam cekodok pisang terlebih tepung.Anis terdiam.Budak ni jangan di buat main.Tapi biar betul si Leper ni.Takkan dia taktau kotak pensil tu abang Nisa yang bagi?

“aku tak kira.aku tetap akan bunuh si Leper tu malam ni.Anis,kau tolong aku ye?”Nisa dah senyum-senyum. senyum yang akan terukir bila dia dapat idea kejam.”Aaaa??”Anis nganga.

“Yes!siap la kau,si Leper.”

“Nisa,jangan nak buat gi…”kata-kata Anis terberhenti di situ.Tangan dia dah ditarik oelh si Nisa.”kau nak bawak aku pergi mana ni??”

“Jom,kita tolong makcik DM”pautan tangan Nisa makin erat.

“tolong makcik DM?”Anis blur.

“Tolong kutip lipas.”Senyum Nisa makin lebar.Langkah dihayun makin laju.

Ah tidak.Haru-biru la kelas aku malam ni.memang tak siap lah latihan pengamiran yang Cikgu Salim bagi semalam.Adus!

….

Mata sepet miliknya terkebil-kebil.Rasa macam nak percaya,tapi tak mungkin.”Takkanlah dia berani buat macam ni kat aku”.Tangan dia terus menjalar laju.Ke kiri.Ke kanan.Ke kiri balik.Sah!Memang benda keramat tu dah takde.”I’m dead”.

Di luar kelas,Nisa tersenyum sinis.You asked for it,and now you got it.Heh.

….

“Eh Haziq.Kau apasal?Macam ayam hilang anak aje aku tengok.”Khairul menegur slumber.

“Ni bukan kes ayam hilang anak.Ni kes berat ni.”Haziq masih tergagau-gagau.Mencari benda keramat itu.

“Hah?”berkerut dahi si Khairul.Pelik betul la mamat ni.Petang tadi bukan main senang hati,berjalan sambil tersenyum,sampai ada junior terlanggar dia pun,dia boleh senyum lagi.

“Habis la kita Khai.Habis.Ada orang dah tau rahsia kita.”Haziq dah start gelabah.

Oh My God!Adakah tekaan aku ni betul?Memang kes berat la kalau macam ni.

“Tu lah.Aku dah pesan.Kau jangan buat ntahapaapa dengan si Suara Kuat tu.”

Memang lah kes berat macam ni.Alamat nya,aku dengan si Khai ni kena bungkus kejap lagi dengan Ustaz Imran.Silap haribulan,merasa penampar ustaz yang lemak manis tak berkrim tu.Pipi dah terasa berbirat.Peristiwa kantoi dengan Ustaz Imran minggu lepas masih segar bugar dalam ingatan.Segar dari sayur-sayur yang disajikan di Dewan Makan.Tapi bukan salah sesiapa.Dia memang susah nak buang rokok.Dari tingkatan 1 lagi dia dah belajar merokok dengan abang-abang senior.Dan bila Khairul masuk,dia jumpa geng baru.Tabiat merokok dia selamat dari pengetahuan semua orang sampailah dia masuk tingkatan 5.Khai ajelah yang tahu rahsia besar dia ini.Sebab Khai pun 2 kali 5 dengan dia.Bila jumpa geng,makin senang dan giatlah dia dengan aktiviti dia.

“Kau sure ke Haziq?”Khai di sebelah pun dah gelabah tahap giga.Kalau ditoreh pun,memang takde darah keluar.

“Sure.aku letak bawah fail-fail bawah meja ini.Selama ni elok aje”Habis lah imej baik aku tercalar.Yang haritu,walaupun dah kena tampar dengan ustaz,nasib baik boleh cover lagi.Alasan nya,dia ‘terjumpa’ rokok tu dalam locker seorang junior form 4.Cuma dia tak ingat locker mana satu.Dan Ustaz Imran,pergi,selepas men’sedekah’kan penampar free untuk dia.Dan waktu tu,Si Suara Kuat tu pun ada.Malu nya memang tak terkira.Tapi dia buat-buat cool.

“Aku confirm.110%!And I am so sure,that this time,Nisa is the one yang buat semua ni.Dia aje yang tahu pasal rahsia kita ni”Haziq bersuara pasti.Khai di sebelah dah terkedu.Adus!Susah betul la dengan Nisa ni.Yang si Haziq ni pun satu.Dah tahu si Suara Kuat tu memang tak suka dia,dia lagi nak cari pasal dengan Si Suara Kuat.

“Jom”Suara Haziq kedengaran.Kali ini agak keras.

“Pergi mana?”

“Jumpa Si Suara Kuat jahanam tu!”Pintu kelas 5 Cekal berdentum kuat.Sama naik dengan derap kaki Haziq dan Khai.

….

“Hoi perempuan!Aku nak jumpa kau kejap!”Haziq terus menjerit,ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sibuk berkerumun di samping Nisa.Serentak dengan jeritan itu,6 pasang mata terus merenung Haziq.Dia sudah tak kisah.Lantak lah korang nak fikir apa.Aku dah tengah marah.Gunung berapi Krakatoa pun tak boleh lawan api dalam hati aku ni.

“Boleh tak,kalau bercakap,guna otak sikit?!”Jeritan Haziq dibalas dengan soalan yang tak terancang.Keluar dari mulut mungil milik Nisa.

“Nisa,we need to talk.Now!”Haziq terus melangkah ke arah pintu kelas 5 Amanah itu.

“What?I don’t have any idea of what you are talking about.Loser!”

Mata Haziq terbeliak.Langkah yang tadi menuju kea rah pintu keluar dah terhenti.Kaki Haziq berpusing 180 darjah.Patah balik ke arah Nisa.

“Repeat what you said just now.”tenang tak beriak wajah Haziq.Khai dah cemas.Anis dah pucat.Alamak,perang dunia ke 3 macam nak meletup aje ni.

“I said,LOSER!”

“Kau marah tak kalau aku tampar kau?”Haziq bersuara perlahan.Satu kelas tercengang.Junior yang lalu lalang ada yang tertoleh-toleh melihat drama Kisah Benar di situ.

“Be my guest”NIsa senyum.

Haziq juga senyum.

And the rest is history…

….

Sejak peristiwa Kisah Benar di kelas 5 Amanah tempoh hari,Si Suara Kuat dan Si Leper memang tak pernah bertembung. Kalau SI Leper nampak Si Suara Kuat lalu depan kantin,dia akan lalu ikut jalan belakang.Tak kisah walau jalan tu jauh sekalipun.Dia rela.”Tak hingin aku tengok muka perempuan tu.Sebab dialah,jawatan prefect aku kena tarik.Memang pemusnah masa depan betullah!”

Dan keadaan itu berlanjutan selama beberapa bulan,sehinggalah satu hari,dia rasa semacam.Baru dia perasan,dah nak dekat 2 bulan lebih dia tak kacau si Suara Kuat.”Bosanlah pulak tak dapat kacau dia.”Dalam kepala otak dah start plan macam-macam.Idea Zionis dah keluar.”Rasanya takpe kot kalau kacau dia.Dah lama aku bagi dia berehat.”

“Khai!Sini jap.”

“Kau nak ape?Aku tengah sibuk nak buat report Kimia ni.Cikgu Mimi tu nak esok.Aku satu ape pon tak buat lagi.Kau dah siap?”Khai bertanya sambil tangan ligat mencapai pembaris dan pensil.Dipusing ke seluruh arah bagi memastikan lukisan segala macam radas dalam eksperimen itu sempurna.Dia dah berazam nak siapkan report ni waktu prep malam ni.Kalau tak siap,memang saja menempah maut la tu.

“Dah.Nanti balik dorm kau copy je la dari aku.Ni..aku ada benda penting ni.”

Ah Chai,Hatim dan Zaini yang duduk dalam kelas turut menoleh ke arah Haziq.Pelik dengan kawan diorang yang satu ni.Suka hati dia aje nak jerit-jerit time prep malam macam ni.Kalau warden lalu nanti macam mana?Habis satu kelas kena lari keliling Blok A ni nanti.

Khai pelik.”Ada ke patut dia suruh aku copy aje?”tapi kaki dah melangkah Haziq yang duduk di barisan paling belakang dalam kelas.Memang patut pun dia duduk paling belakang.Dalam kelas,dialah yang paling tinggi,paling ‘renjong’,dan paling kurus.Sebab itu Nisa panggil dia Si Leper kot.

“haa.ape dia?Bunyi macam penting aje.Penting sangat ke?”

“Malam ni,kau ikut aku.Pergi jumpa Nisa.”tenang Haziq berbicara.

“Nak buat apa?Kau dah lupa ke apa jadi bulan lepas?Jangan nak buat macam-macam lagi Haziq.”

“Taklah.Aku nak mintak maaf dengan dia.”Bulat mata Khai waktu tu.Biar betik budak ni.Buat lawak Ujang ke ape ni?

“Betul.Kau jangan buat mata katak macam tu.Macam nak terkeluar dah”Serentak dengan ayat itu,Haziq bangun menuju ke pintu belakang.

“Kau nak pergi mana pulak tu?”

“Pergi tandas.Kenapa,kau nak ikut?”Haziq tanya.

“Taknak.Aku nak buat kerja”

Dan Haziq berlalu dengan senyuman yang hanya dia seorang saja faham.”Selesai satu hal”

Langkah di atur kea rah Blok B.Saja je dia nak lalu Blok B.Saja je nak buang masa prep malam dia.Rasa malas yang bertandang sejak petang tadi membuatkan dia takde mood nak study.Lagipun,dia dah siap semua homework yang cikgu bagi.Haziq memang hebat,walaupun perangai dia agak kebudak-budakkan.Dia boleh dikategorikan sebagai pelajar yang mendapat tempat di hati guru-guru di sekolah itu.Dalam bidang sukan pula,dia adalah forward yang amat bagus di gelanggang.Sebut sahaja nama Haziq,semua pemain bola keranjang junior akan terus cam.Dia tak pernah ambil kisah dengan hal sekeliling sangat.Bagi dia,hidup dia tiada kena mengena dengan hidup orang lain.Dia tak kisah apa yang orang sekeliling katakan tentang dia.Tapi,lain pulak cerita dengan Si Suara Kuat.Pelik.

….

“sob..sob..”

ish

-

.biar betul apa yang aku dengar ini.betulkah dia yang menangis?

“sob..sob”

Langkah kaki di hayun mendekati arah belakang tandas milik budak perempuan.rasa curiga semakin membuak buak dalam diri.Apocaliptica masih berdentum di telinga.Apa yang aku nak buat ni.Kalau tu suara bunian,macam mana?mahu di sorokkan aku nanti.heh,ni mesti sebab dah terpengaruh dengan Mastika ni.takkan la ada benda-benda macam itu pulak.Cool Haziq cool.jangan gelabah.entah-entah tu suara Cik Tikus.tapi..tikus mana boleh nangis teresak-esak macam itu…ke boleh?

Jarak antara dia dengan orang itu cuma tinggal 10 meter saja.

Aku macam kenal baju kurung tu.baju warna ungu gelap.tudung warna hitam.ada corak bunga sikit.beg sandang yang terdampar atas tanah sebelah kerusi depan makmal Biologi tu pun memang aku kenal sangat.beg warna hitam,yang melekat bersama-sama dengan badges pelbagai jenis.dari jenis angker luar alam,sampai ke nama kumpulan nasyid.dan semuanya warna ungu.

Apa pulak yang tak kena dengan dia ni?buang tabiat ke duduk sini sorang-sorang?tengah orang lain sibuk prep malam pulak.tu.tapi pandai jugak dia pilih port.sunyi,sepi tak berorang.Nak tanya ke tak nak ni?nak ke tak?perlu ke….

Tak perlu.

Sebab yang tengah menangis tu pulak tiba-tiba pecah suara.tapi pelik pulak dengar di telinga ni.lembut semacam.ada rasa yang menyelinap,tapi cepat ditepis.

“Leave me alone”

sepatah-sepatah ayat itu keluar dari tuan punya bibir.Ces.Potong line la.aku baru nak lepas tension ni.dah datang satu lagi bala.kalau Uncle Balakrishna tu datang lagi bagus.boleh jugak aku mintak dia belanja aku aiskrim.ini…si Leper.nak buat apa.lagi runsing kepala aku ada la.nak apalah pulak mamat ni.time-time macam ni,kalau dia datang nak gaduh,memang silap timing la bro.

Nisa bagi jelingan tajam jurus Sailormoon tercabut tocang.

Haziq balas dengan senyum kambing kena baling ke parit.

“tak boleh jadi ni.kena confront betul-betul ni.alang-alang peluang dah ada depan mata”.kaki dihayun selangkah,dua langkah.sampai lah berdiri betul-betul dekat belakang si baju ungu.

“kau kenapa?gaduh dengan boyfriend ke?”

“apa kau sibuk?” suka hati aku la.sekolah ni bukan mak ayah kau yang punya.

Ces.budak ni memang tak boleh usik sikit.angin aje.aku ni sikit punya baik la nak tanya khabar dia,sekali fire aku balik.tapi…Haziq,cuba fikir balik.yang kau sibuk-sibuk nak ambik tahu pasal dia kenapa?Entah.hujung selipar Tat Sing dah menendang-nendang rumput-rumput yang menjalar di tepi-tepi kerusi.Come on Haziq.Say it!

“Wei…sebenarnya…”

“Ape wei-wei?aku ada nama tahu!”

Ek ena perempuan ni.aku kick kejap lagi,sia-sia je.

“Baiklah.Cik Nur Anissa.saya Encik Haziq nak minta maaf dengan cik.”

Apa yang mamat ni mimpi semalam?terbang ke bulankah?ke dia tercekik donut coklat kat kantin tadi?tak ada angin,tak ada hujan,tiba-tiba nak minta maaf.

“And could you tell me,what is that apologie for?Sila beritahu secepat mungkin.Aku takde masa nak layan mamat tak betul macam kau.Tapi ayat yang selebihnya hanya simpan dalam hati.Malas nak cari gaduh di petang yang mulia ni.

“For..for..nothing.” Eh…wait a second.Apa ni Haziq?’for nothing’ huh? Good. Now you are tearing your own ego.

Apa mamat leper ni.Sah Memang sah dia tercekik donut.cakap pun dah tersekat-sekat.Baik aku angkat kaki sebelum angin mamat ni jadi lagi pelik.Dan serentak dengan itu,dia bangkit dari duduk.Muka sepuluh sen ditayang depan Si Leper.Beg ungu yang terdampar tepi kerusi tadi,ditari dengan satu daya. Sekali libas,sekali tarik saja dah ada di bahu dia.Kaki dah diangkat,ala-ala nak berlari acara lari dalam guni masa sukantara hari tu.Ces.Sah Nisa dah hilang wayar.Tapi muka sepuluh sen tetap di tayang untuk si Leper.Nasib la kau.Aku takde mood nak gaduh hari ni.

“apologise accepted.”

Dan dia melangkah laju kearah kelas.Tak toleh belakang,kiri dan kanan.Dan Haziq masih berdiri kaku.Terdiam.Senang pulak dia nak maafkan aku.Perempuan,sungguh kau pelik.Dan idea Haziq untuk kenakan Nisa terus dilupakan dari fikiran.



No comments:

Post a Comment