Sunday, May 9, 2010

Part 18

Skrin putih yang dah bertukar ke gambar dia dengan Sham di pandang sekilas. Senyum spontan terukir. Kira okay la dah sekarang. Sampai dah boleh buat jadi desktop background. Kalau dulu, nak bukak folder yang ada simpan segala macam gambar dia dengan arwah pun rasa macam tengah serah diri ke Hospital Tanjung Rambutan.


“ Letting go isn’t easy. At least give it a shot. If you miss it, then let it stay.”


Tu lah ayat yang Haziq asyik cakap dekat dia. Time mula-mula dia cerita pasal masalah dia. Pasal keengganan dia nak melepaskan semua cerita sedih dia dulu. Semua yang pernah buat dia rasa macam nak bunuh diri sendiri.

Nauzubillah!


Dulu, dia pernah cuba tenangkan diri dan yakinkan diri sendiri yang semua yang dah jadi tu..takdir. Takdir yang tak ada sesiapa boleh ubah. Dia terus balik ke Kodiang. Waktu tu dia rasa, itulah satu-satunya tempat yang boleh buat dia lupakan peristiwa sedih tu. Tapi dia silap. Dia lupa yang itulah juga satu-satunya tempat yang buat dia jadi rapat-serapat rapatnya dengan arwah Sham.


Waktu tu dia form 4. dan Sham baru aje lagi jadi anak angkat Ibu dengan ayah. Baru nak kenal. Baru nak mesra. Ibu dengan ayah cadangkan dia dengan abang baru dia pergi tolong Tok Wan dengan Tok dekat kampung. Waktu tu bulan puasa,awal bulan. Tok Wan penjual murtabak daging paling sedap di kampung tu. Memang tak ada siapa boleh challenge Tok Wan punya murtabak. Hari-hari, dia dengan Sham akan bangun sahur dengan Tok,Tok Wan dan Pak Cik. Adik ibu yang paling bongsu. Lepas aja sahur, dia dengan Tok pergi ambil air sembahyang sama-sama. Dia selalu ajak Tok teman dia masuk bilik air,sebab dia penakut. Kadang-kadang, bila Tok tak larat teman, Sham yang jadi mangsa. Tak pasal-pasal kena jadi sentry kat luar pintu bilik air.Dan selalunya, ejekan-ejekan keji akan kedengaran. Sham selalu gelakkan dia, sebab dia penakut even waktu tu, dia dah ada tali pinggang merah dalam Tae Kwan Do. Tapi dia tak kisah. Asalkan dia tak bergelap dalam bilik air tu.


Lepas jemaah Subuh dengan Tok Wan and Tok, mesti kena kerah tenaga di dapur. Tolong siapkan bahan-bahan nak buat inti murtabak. Selalunya, dia dengan Sham akan panjat kereta Wira hijau Tok Wan dan jadi pengikut setia ke Pasar Kodiang. Teman Tok Wan beli segala barang-barang. Kubis berguni-guni. Bawang besar bawang kecil semua. Telur memang tak payah cakap la. Memang banyak sampai penuh bonet kereta Tok Wan. Lepas tu mesti Tok Wan acah nak belanja ais kepal,tapi sebab dah bulan puasa,maka memang tahan air liur aja lah.

Sepanjang hari,memang kerja duduk di dapur aje la.


“Tok, okay ka kalau potong lagu ni?”Kubis separuh diangkat. Di hadapan dah terbentang kubis yang dah separuh hancur,dicincang dek Nisa.Dah potong separuh,baru nak tanya okay ke tak?Haru!


“Boleh la potong lagu tu. Tapi bagi lagi haluih lagi. Lagu yang Sham potong ni haa” Tok muncungkan mulut kea rah Sham yang tengah tekun cincang kubis dengan pisau panjang. Dah ala-ala samurai nak berperang.


“Sham pandai kan Tok?” Muka bangga. Time tu,Nisa rasa nak baham manusia yang lagi satu tu.

..

Menginjak waktu Asar, Tok Wan dengan Pak Cik dah siap-siap nak ke batas, jual murtabak. Nanti,dekat gerai murtabak Tok Wan yang sederhana kecik tu, Pak Cik akan jadi tukang kibar and Sham akan jadi tukang goreng. Nisa akan jadi tukang jual. Bab-bab duit, memang dia nombor satu!


Pap!


Jatuh buku Biology setebal 2 inci tu, membawa balik Nisa ke alam nyata. Alam yang memisahkan dia dengan arwah Sham. Buku yang jatuh dek terkena siku tajam dia tadi,diangkat dan diletakkan kembali ke atas meja. Nafas dihembus perlahan.


Letting go ain’t easy.But nothing is impossible. Move forward, Nisa.


Dan dia bangun menuju ke katil di sebelah kiri. “Apa-apa pun, aku nak tidur dulu.” Malam ni ada qiyam dekat surau besar. Terlepas kang buat rugi aje.

..


Respiratory system is one of the important systems in our body. It mainly involves the air circulation in our body, and also interacts with our cells. Any failure in this system will lead to various complication to our….


“Mak kau meletup!”


Nisa dah merah padam. Rasa nak tukar jadi naga dah. Habis satu library tu pandang dia semacam. Anis yang dekat sebelah dah tergelak-gelak. Sikit pun tak rasa bersalah. Suka lagi adalah.


“ Kau buat apa dekat sini??!” Nisa masih berdiri di sebelah kerusi yang tergolek di sisi meja. Punyalah terperanjat. Gaya macam nampak hantu aje! Anak mata dah menyorot Anis yang dah mula ambik tempat kat kerusi setentang dengannya.


“Saja datang nak basuh baju.” Selamba ditutur.senyum sinis ditarik sekilas. Budak ni memang tak berubah la.

Tapi nampak dia macam dah lain..dia nampak…radiant? And..tenang…


“ Haha.you and your funny answer!” Nisa dah relax. Kerusi yang jatuh pun dah ditarik naik balik. Dia ambik tempat di depan Anis yang dah tersengih-sengih. Lama sungguh tak nampak budak ni. Tiba-tiba aja dia menjelma kat sini.


“ Angin tak ada. Apa pun tak ada. Tiba-tiba terjengul muka kat sini. Apanya?” Nisa bertanya

.

“Aku rindu kau. Sebab tu aku datang.” Ringkas tapi cukup nak buat Nisa menangis. Sungguh la dalam banyak-banyak hubungan, persahabatan memang paling murni and jujur. Tapi betul ke budak Anis ni rindu aku? Tak ke kerja gila nak drive dari Seremban ke sini?


“ Betul. Aku rindu kau. Alang-alang tengah cuti ni,aku datang jumpa kau kejap.”


“Naik apa?Jalan kaki?”


“Gi-la! Drive kereta ayah aku laa…” Apa buang tabiat aku nak jalan kaki dari Seremban ke sini? Kot iya pun dekat Seremban dengan Melaka,tapi takkan la sampai nak berjalan kaki.


“So..apa cerita?” terus ditanya.


Nisa kerut muka. Mangai budak ni. Terus masuk isi utama. Tak ada mukadimah ke hapa..memang straight to the point lah.


“Apa nya?Cerita apanya?”

“Your life”

“Nothing. Biasa aje. Ada la satu dua benda yang berubah kot.”


Ditenung badan sendiri. Memang nampak biasa. Ada la satu dua benda yang berubah. Baju dah bukan lagi paras atas pinggang. Ataupun lebih tepat, dia sekarang dah selesa berbaju labuh panjang. Tudung bukan setakat pakai. Bukan setakat untuk diletak di kepala. But more to conceal what she have. Rambut ialah mahkota wanita. Memang itu yang ditonjolkan dalam iklan shampoo sekarang, but it ain’t that way. And dia dah seikit demi sedikit faham apa maknanya menutup aurat dengan lebih baik.


Sekarang,even turun drill basket pun,dia pakai tudung. Dulu, dia rasa,kalau setakat turun court dua tiga langkah dari bilik dia, tak payah la nak bertudung.tapi sekarang lain.


Thanks to that Allah. Thanks to manusia yang bernama Haziq jugak.


Senyum ditarik di bibir. Kepala diangkat ke depan.


“ Jom ke cafĂ©.” Ditarik tangan Anis yang terkebil-kebil. Nak tak nak diturutkan jugak langkah Nisa yang makin laju menuruni tangga.

No comments:

Post a Comment